jasmine

jasmine

Nuffnang

Welcome

Welcome to White Jasmine/Selamat datang ke White Jasmine

Thursday, June 17, 2010

Friend Forever


Isnin, 14 Jun 2010 - Bozik telah datang ke pejabat dan memaklumkan bahawa beliau akan bercuti tanpa gaji. Mulanya aku buat biasa saja kerana dia akan kembali bertugas setelah tamat cuti berkenaan. Tetapi mungkin bila dia perasan aku mcm buat tak kisah, dia cuba menarik perhatian aku dan memaklumkan mungkin tidak kembali semula. Aku terkejut dan "speechless". Aku rasa tk percaya.. lebih ssedih lagi bila dia nak bersalam dengan aku.. aku tak mampu.. mengalir juga air mata aku.
Bozik atau nama sebenarnya Ratislav Bozik ialah seorang conditioning specialist dari Slovakia yang ditugaskan dengan FAM bagi membantu pasukan bolasepak. Beliau merupakan salah seorang pegawai dagang di ISN yang tidak mempunyai banyak kerenah seperti pegawai dagang yang lain. Beliau seorang yang soft spoken, friendly, independence dlm kerja beliau..
Dlm situasi aku yang emosional dan sedih itu aku bertanya kenapa, beliau memaklumkan bahawa beliau ada masalah keluarga di Slovakia. Jadi dia perlu kembali untuk menyelesaikan masalah berkenaan. Jika semua lancar katanya, dia akan kembali ke sini. Aku berkata kpd beliau, jika telah selesai tolong kembalilah ke sini.. aku rasa seperti kehilangan walaupun aku tidaklah rapat sangat dengan dia sebelum ini. Tetapi setelah keadaan ini berlaku, aku rasa seperti dekat dengannya.
Kami bersalam dan berharap akan bertemu kembali. Sempat juga aku bergambar dengannya sebagai kenangan andai kata dia tidak kembali. Aku juga telah memberi cenderamata bagi pihak pejabat kepada beliau untuk kenangannya.
Lewat petang aku telah hubungi beliau untuk makan bagi kali akhir (harap tidak). Beliau setuju untuk lunch pada esok hari.

Selasa, 15 Jun - Aku bersama Nova membawa Bozik lunch di Thai Mango di Giant Kinrara.. sebenarnya niat aku nak belanja dia sebagai farewell lunch (harap tidaklah). Kami amat enjoy lunch dan meluangkan masa bercerita mengenai kerja, tidak banyak menyentuh mengenai masalah yang sedang beliau hadapi. Aku feel so happy dapat lunch dengan beliau walaupun sebelum ini perkara ini tidak pernah berlaku. Niat aku yang hendak belanja beliau terbantut apabila beliau yang membayar. Kami berebut untuk membayar sambil menarik bil dari attending waiter.. hahaha kelakar.. tak pasal2 budak tu kena marah dgn dia..tapi secara gurauan.. Sepanjang masa pergi dan balik lunch kami tk abis2 bercerita...

Rabu, 16 Jun - Bos melalui Along telah meminta aku mendapatkan contact numbers Bozik di Slovakia kerana dia hendak hubungi dan Along maklumkan bahawa bos kata Bozik dah left us. Aku called bos dan maklumkan bahawa Bozik hanya akan berlepas pada awal pagi esok dan bukan awal pagi tadi. Then bos minta aku arrange hi-tea dengannya. Tiba-tiba aku rasa keliru mengenai tarikh sebenar Bozik akan berangkat. Seperti yang beliau maklumkan kepada aku katanya 3am Rabu, jadi aku reconfirm balik adakah 3am hari Rabu dan awal pagi Khamis, dia kata 'ya'. Disebabkan kekeliruan ini, aku bertanya kepada Nova, dia kata pagi tadi Bozik berlepas.. Aaahh sudah...
Oleh kerana tidak puas hati, aku cuba menghubungi beliau, telefon tangannya berdering.. jadi harapan masih ada.. Untuk kepastian, aku hubungi En Hafizi (menguruskan pegawai dagang) dan bertanya, katanya Bozik masih akan menggunakan nombor yang sama ketika di Slovakia, jadi makna beliau masih ada di sini. Aku cuba hubungi lagi beberapa kali tetapi hampa tiada jawapan. Huhuhu..
Aku 'sms' beliau maklumkan mengenai hajat bos. Tidak lama selepas itu, aku menerima panggilan daripada beliau. Alhamdulillah, beliau masih ada.. Beliau ok untuk hi-tea dengan bos. Venue ialah di BJGR. Aku sediakan lagi cenderamata berupa track-suits dan t-shirt (lebihan SEA Games) dan pass kepada Wahab untuk bagi kepada Bozik. Sepanjang lewat petang itu, aku tk henti2 berbalas sms dengannya. Perasaan sedih menyelebungi aku.. sob sob sob.. memang aku sedih sangat.. mcm la dia tu bf aku plak. tapi tak tau la, mungkin sebab dia ni baik kot..
Malamnya dlm 11 lebih aku sms beliau lagi untuk memastikan semuanya ok.. sehinggalah sebelum beliau berlepas. Beliau menyatakan bahawa hatinya masih di sini dan akan kembali lagi. Harap2 begitulah. Tapi kita merancang, tuhan menentukan.. (hope and faith).
Aku anggap dia seperti adik aku walaupun berbangsa asing..
Sesungguhnya sehingga kini aku masih terasa kehilangan beliau...
HARGAILAH APA YANG KITA ADA SEBELUM IANYA HILANG DARI PANDANGAN KITA.