Aku hanya bersama kedua ibu bapaku sehingga Darjah 1 (lbh kurang hingga bulan Julai 1980). Setelah itu aku tinggal bersama datuk dan nenek aku lebih kurang 30 min perjalanan dari rumah kedua ibu bapa ku sehinggalah aku di tingkatan 3 (1988).
Tamat tingkatan 3, aku telah diterima masuk ke SMVPD (1989-1990). Setelah itu aku menyambung pengajian ke POLISAS (1991-1993). Kemudian aku telah memulakan kerjaya pada Jan 1994 sehinggalah sekarang di Kuala Lumpur.
Jadi jika dilihat pada perjalanan hidupku, hanya beberapa ketika sahaja aku bersama ibuku. Setelah aku meningkat dewasa hubungan aku dengan ibu hanyalah biasa-biasa sahaja. Orang kata kalau wajah anak perempuan sulung sama dengan ibunya, hubungan mereka panas sikit. Mungkin kebetulan sahaja. Tetapi itulah, aku tidaklah rapat sangat dengan ibuku. Walau bagaimanapun aku memang menyayangi dia sepenuh hatiku. Aku tidak sempat membalas sepenuhnya jasa yang beliau telah korbankan untuk aku dan adik-adik. Cuma 2 bulan sebelum pemergiannya aku sempat menunaikan hasrat ku agar dia menaiki kapalterbang. Alhamdulillah, tertunai tanpa pengetahuannya (buat kejutan). Aku bersyukur kerana sempat melakukannya.
Telah setahun sudah pemergiannya. Moga dia tenang di sana. Aku tak pernah berhenti berdoa untuk dia. Di dunia ini dia banyak memendam rasa. Tidak perlulah aku cerita di sini. Cukuplah aku dan keluarga sahaja yang tahu. Damailah emak di sana.
Al-Fatihah...