jasmine

jasmine

Nuffnang

Welcome

Welcome to White Jasmine/Selamat datang ke White Jasmine

Saturday, April 14, 2012

Ayah Mengerjakan Umrah

Pada awal bulan Februari lalu iaitu tengah hari, hari Jumaat, ayahku telah menelefon memaklumkan bahawa beliau telah dipilih untuk mengerjakan umrah oleh pihak BERNAS.  Pada waktu itu aku bersama rakan sekerja ku ke Sungai Besi atas urusan masing-masing.  Bila ayahku maklumkan berita itu, aku rasa terharu kerana selama ini aku sentiasa berdoa agar dia diberi kesempatan menjejakkan kaki ke tanah suci dan rumah Allah itu.

Alhamdulillah, doaku dimakbulkan olehNya.  Subhanallah.. Aku bersyukur sangat.  Cuma sedihnya kerana arwah ibuku tiada.  Semasa hayatnya dulu, aku juga sentiasa berdoa agar kedua-duanya dapat diberi kesempatan, namun Allah s.w.t lebih menyayanginya.

Terima kasih kepada pihak BERNAS yang menaja segalanya.  Terutamanya Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary yang merupakan orang yang pemurah menaja ayahku dan rombongan umrah ini. Ayahku telah membuat persiapan apa yang patut, membeli pakaian ihram tambahan, membeli dvd mengenai panduan umrah dan haji dan menontonnya saban malam.

Pada 7 April 2012, hari Sabtu, kami adik beradik sepakat untuk mengadakan majlis kesyukuran, doa selamat dan tahlil. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar walaupun ala kadar.

Isnin, 9 April, ayahku ada taklimat dan kursus akhir di Alor Setar. Bila beliau pulang pada petangnya beliau memaklumkan bahawa 11hb berangkat ke Kuaa Lumpur, 12hb pula bertolak ke Mekah.

10 April, malamnya aku menyiapkan kelengkapan untuk beliau bawa menunaikan umrah.  Semua telah dimasukkan ke dalam beg termasuk ubat-ubatan dan lain-lain keperluan.

Pada awal pagi Rabu, 11 April 2012 kami bangun seawal 5.15 pagi kerana ayahku akan berangkat ke Kuala Lumpur bersama-sama rombongan umrah Kedah/Perlis di Alor Setar.  Ayahku kata perlu menunaikan solat sunat musafir sebelum masuk waktu subuh.  Aku dengar bunyi loceng jam di biliknya.  Waktu itu dah menunjukkan jam 5.00 pagi tapi beliau tidak sedar dan aku mengejutkannya dengan mengetuk pintu bilik.
Jam 6.54 pagi kami berlima bertolak ke Alor Setar menuju ke Masjid Al-Bukhary tempat rombongan berkumpul. Sampai di AS kami singgah sekejap di Terminal Bas Shahab Perdana kerana aku perlu mengambil tiket yang telah ditempah melalui telefon pada hari sebelumnya untuk pulang ke KL.  Kami tiba di perkarangan masjid lebih kurang jam 8.05 pagi.  Bas telah sedia menunggu dan ramai kaum keluarga yang turut datang untuk menghantar para peserta rombongan.  Beg besar ayah telah aku masukkan dalam perut bas.
Para peserta rombongan dipanggil untuk taklimat.  Pada ketika ini aku dan adik2 ambil kesempatan untuk bergambar di Masjid berkenaan. Tiba satu masa, ucapan  'labaikallah huma labbai' diucapakan, aku tidak semena-mena rasa tegak bulu roma dan sayu, tetiba mengalir air mata, begitu juga dengan adik aku (Shila), rasa sebak tu...Selesai taklimat, semua peserta telah diminta terus menaiki bas.  Alamak!!! Kami belum bersalam dan mengucapkan selamat jalan kepada ayah, begitu juga ahli keluarga peserta lain.  Tapi aku boleh berbuat demikian di Kuala Lumpur nanti, cuma kesian adik-adik aku la yang 3 orang tu, masing2 dok panggil ayah! ayah! sebab nak bersalam, ayaq mata dah mengalir.  Sempat juga bersalam sebelum bas bertolak, ayah datang ke depan sekejap.
Bas bergerak jam 9.00 pagi.
Aku dan adik2 singgah sarapan sekejap sebelum ke terminal bas.  Aku menaiki bas Etika dan balik ke KL manakala adik-adikku pulang ke Perlis. Aku tiba di KL jam 4.30 petang dan dimaklumkan ada gempa bumi kuat melanda di Aceh yang turut dirasai di rumah ku di kampung.
Jam 5.30 petang adik ku dari Kuantan tiba di BJ.  Malamnya kami ke Nilai kerana ayahku menginap di Hotel Nilai selepas selesai taklimat di Kompleks Haji Kelana Jaya setibanya di KL. Di Hotel Nilai mereka diberi taklimat lagi dan dimaklumkan bahawa penerbangan mereka terpaksa ditunda ke Jumaat, 13 April atas sebab masalah MAS.  Mereka redha dengan perubahan ini. Aku dan adik aku balik ke rumah lebih kurang jam 11 malam dan singgah makan.  Lebih kurang hampir jam 1 pagi adik aku dari Lumut tiba kerana ingin turut menghantar ayah di KLIA di samping menjemput isterinya yang akan kembali dari Beijing tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana penerbangan ayah kami telah ditunda.  Jadi beliau hanya berjumpa ayah di Hotel Nilai pada pagi Khamis, 12hb April.

Pada Khamis 12hb mereka diberi taklimat serta kursus terperinci di sebelah pagi.  Petangnya adalah aktiviti bebas seperti dimaklumkan pada malamnya.  Jadi aku dan adik aku pergi menjemput ayah untuk keluar.  Kami ke Nilai 3 kerana dia hendak membeli seluar tambahan.  Rakan beliau juga turut serta.  Seterusnya kami ke rumah anak saudara rakan ayah ku yang juga saudara sebelah arwah ibuku.
Kami kembali semula ke hotel lebih kurang jam 8.30 malam.  Aku maklumkan kepada urusetia.  Jam 9.45mlm aku dan adik balik ke KL.

Jumaat, 13 April jam 7.10 pagi aku dan adik bertolak ke KLIA kerana pada pagi ini ayah akan berangkat ke Jeddah penerbangan jam 10.10 pagi.
Di sana kami bertemu dengan adik sepupu, Adik Sharil. Ayah dan rakan2 telah siap memakai ihram.  Kami bergambar dan bersalam ucap selamat jalan.  Ayah aku mengalir air mata, aku dan adik aku pun sebak, kami tahan. Jam 9.00 pagi ayah dan rakan2 beratur untuk masuk ke balai berlepas.  Manakala adik sepupu ku turut serta menghantar hingga ke balai berlepas.  Kami menunggu di anjung tinjau sehinggalah kapalterbang berlepas.  Lewat sedikit iaitu jam 10.40 pagi.

Pada Sabtu, 14 April jam 8.30 malam ayahku telah menelefon dan memaklumkan bahawa beliau demam selepas sahaja selesai sa'ie.  Ujian untuknya ketika di sana.  Dia hanya berehat.  Aku doakan agar dia cepat sembuh dan dapat mengerjakan ibadah umrah dengan sempurna.

Semoga Allah s.w.t permudahkan urusan umrah ayahku dan rakan-rakannya dan mereka pergi dan kembali dengan selamat dan sihat.  Amin.