13 Dis 2015 - (ni draf dah masuk setahun)
Selepas subuh prepare breakfast cum lunch. Mee kuah aka mee tak tau..
Jam 11am kami breakfast.. late breakfast... in between doing house chore
Santai2 layan tv hingga tamat crita tamil... best gak crita ni.. hihi..(asalnya hubby suruh siap untuk keluar jam 4pm nk ke Serabei untuk makan serabai, tp layan tamil punya pasal, kul 6.30pm baru keluar). Hari ni hujan dari jam 2 lebih.. berenti pastu hujan balik renyai.
Malangnya, huhuhu....sampai depan Serabei, "Eh! Dah nk tutup ke?" kata aku mcm heran sebab kerusi dah bersusun atas meja masa nampak kali pertama seminggu lalu. Hubby ku kata, "Baru nak buka kot." "Ish!! tak kan baru nak buka, mcm nk tutup ja." Aku tengok kat depan kedai ada tulis "Open Daily 10am-10pm. Aku keluar keta dan masuk ke kedai untuk bertanya, "Errr... dah nak tutup ke?" "Belum buka, esok buka," jawab salah seorang pekerjanya. Hmmm.. aku berlalu menuju ke kereta.
P/s: hampa tau ka apa itu serabei? Tanya mr google la noooo