jasmine

jasmine

Nuffnang

Welcome

Welcome to White Jasmine/Selamat datang ke White Jasmine

Sunday, February 14, 2010

CNY

Gong Xi Fa Cai datang lagi. Tarikhnya 14 & 15 Februari 2010 (Ahad dan Isnin). Jadi, Selasa, 16 Februari 2010 adalah cuti gantian bagi hari Ahad. Maknanya 4 hari la cuti mulai Sabtu. Aku pun bercuti lah juga, balik ke kampung. Mula2 nak drive dengan adik aku yang TLDM kt KL tu, tapi tetiba dia kata tak bleh balik plak, kena buat kertas kerja. Entahlah. Jadi, aku ingat balik dengan bas sajalah, jimat juga sikit.
Hari Jumaat, 12 Februari 2010 masa rehat aku ke Pudu naik LRT hendak beli tiket bas. Cadang nak ambil Transnasional atau Plusliner saja. Turun di Plaza rakyat aku terus ke kaunter yang ada di situ saja. Transnasional dah habis untuk Sabtu pagi dan malam, Ahad adalah. Akhirnya aku ambil Nice untuk perjalanan hari Sabtu, 13 Feb jam 9.00am. Memang nicelah, RM75 huhuhuhu...budak kaunter kata ada minum ada makan. Okeylah! Tapi kena turun Alor Staq la plak. Bas ni tak ke Perlis.
Tiba harinya aku minta tolong adik aku hantar di KTM lama, sebab kena naik di situ, kebetulan dia nak kirim barang adik aku. Aku sampai stesen lebih kurang jam 8.35 pagi. Kali pertama naik kat sini. Macam kat airport la pula. Ada lounge tempat menunggu mcm 1st kelas. Jam 8.45am bas tu pun sampai. Aku masuk ke dalam bas, nak cop seat tepi tingkap. Masuk dalam bas tengok okeylah. Dalam pamplet mcm ada skrin boleh tengok movie kt seat sebelah belakang, tapi tak nampak pun.. Cuma ada pull out table dari arm rest untuk letak beverages.
Jam 9.00am bas pun bergerak dan singgah ambil penumpang di KL Sentral.
Setelah melepasi tol Jalan Duta, dan menuruni bukit, wahhhhhhh!!!! dah mula mengalam kesesakan. Ooo!! Ya, Stewardess (mcm airlines plak) dah mula mengedarkan air kotak. Disusuli dengan roti ban Delifrance, kemudian air mineral. Adoi!!!!! jalan sesak sehinggalah melepasi Slim River hingga ke Tapah. Dari KL ke Tapah mengambil masa 4 jam!!! Hah! Nasib baik ada tayangan movie, ok lah, kalau tak, tak berbaloi la bayar RM75.
Singgah Tapah 20 minit untuk masing-masing melepaskan hajat. Kemudian perjalanan diteruskan dan Alhamdulillah, kesesakan dah berkurangan dan lancar sehingga ke Butterworth. Singgah Butterworth untuk menurunkan penumpang. Bas meneruskan perjalanan ke Alor Star dan tiba jam 5.05 petang. Adik aku datang jemput. Balik ke Perlis singgah beli mentarang di tepi pantai.. Wah!! ada pasar tani pulak hari ni... penuh orang kat Sg Baru tu.. mcm2 ada jual.
Sampai rumah jam 6.40 petang....
Perjalanan 9H40M. Huhuuhuh... sib baik tak kematu teruk.
Dalam dilema la plak. Tujuan sebenar balik nak uruskan penjualan kereta. Tapi berbelah bagi la plak, nak jual ke tak nak jual. Sayang la pulak.... Iskh! Iskh! mcm mana ni. Arrrrggggggggg!!!!! tolongggggggggg....

Monday, February 1, 2010

Spring Cleaning

Ahad, 31 Januari adalah hari untuk aku mengemas rumah mulai dari cuci bilik air, menyapu, mengemop, ubah susun atur dan kemas paper bag yang banyak. Mula jam 11.00 pagi sampai jam 3 lebih la. Adoiiii...penat juga.. Dah banyak abuk ni... Tak tau la abuk ni mana mai tah.. Bila dah siap, wah baru la nampak tersusun dan kemas serta lapang sikit.
Oh! ya, sebelum tu, untuk breakfast aku masak nasi lemak ari ni dengan sambal bilis dan kangkung rebus. Nasi lemak ni boleh makan sampai malam... hahahaha...
Dah rasa penat nak sambung lagi mcm dah tak kuasa lagi dah so lepak la baca paper online, ingat sambung kemudian...tapi tak juga sambung..
Malam layan FB sampai kul 2pagi lebih.. semasa dok layan tu.. kedai mamak depan ni punya la bising. Apa lagi bola EPL la tu. Rupanya MU vs Arsenal. Patutlah.
Dekat 3 pagi baru aku tido, sbelum tu on alarm untuk sembahyang subuh, kang terbabas plak.

Isnin, 1 Feb (hari ni cuti hari Wilayah) jam 7.10am aku bangun sembahyang, lepas sembahyang tido balik... Haaaaah... kul 11am baru tersedar... mak ai! lama juga aku sambung tido... ingat dalam kul 10 lebih nak keluar. Tak keluar la nampaknya.

Bangun, basuh baju yang masih ada. Lepas tu aku masak, menu hari ni, lala goreng cili api, udang masak lemak rempah, sup bayam. Banyak juga tu, simpan untuk malam sekali.

Siap semua dalam kul 12.30pm, then aku terus makan lah sambil layan tv. Lepas makan duduk sekejap sementara nak sembahyang zohor... duduk pnya duduk aku rasa mengantuk yang amat sangat.. Eh! tadi bangun lambat, mcm mana bleh mengantuk lagi ni.. then aku pun tido sekejap konon nanti dalam kul 3 nak bangun sembahyang zohor... tapi mata ni mcm tk boleh nak buka.. ni iblis apa tah ni yang duk bergayut.. ke sebab makan banyak tadi... sudahnya jam 5 petang baru aku bangun...
Waaaaa,.... misssed zohor...apa nak jadi ni...
Aku mandi dan basuh lagi baki baju yang ada.. smbahyang asar. Lepas tu panaskan yong tau foo yang masih berbaki (dua hari simpan dlm freeze). Konon ni minum petang la ni..
Lepas tu layan FB kejap kemudian kemas apa yang belum kemas lagi kat bilik kecil aku tu...tudung, baju mana yang tak nak pakai aku asingkan dan ada untuk nak bagi kt mak aku dan sapa-sapa di kampung.
Lipat kain baju dan gantung mana yang patut dalam gobok kain (dulu selalu rebah ke lantai).
Ni lah kerja dan aktiviti aku minggu cuti 3 hari ni....
Esok DAH KERJA.......