Ahad, 31 Januari adalah hari untuk aku mengemas rumah mulai dari cuci bilik air, menyapu, mengemop, ubah susun atur dan kemas paper bag yang banyak. Mula jam 11.00 pagi sampai jam 3 lebih la. Adoiiii...penat juga.. Dah banyak abuk ni... Tak tau la abuk ni mana mai tah.. Bila dah siap, wah baru la nampak tersusun dan kemas serta lapang sikit.
Oh! ya, sebelum tu, untuk breakfast aku masak nasi lemak ari ni dengan sambal bilis dan kangkung rebus. Nasi lemak ni boleh makan sampai malam... hahahaha...
Dah rasa penat nak sambung lagi mcm dah tak kuasa lagi dah so lepak la baca paper online, ingat sambung kemudian...tapi tak juga sambung..
Malam layan FB sampai kul 2pagi lebih.. semasa dok layan tu.. kedai mamak depan ni punya la bising. Apa lagi bola EPL la tu. Rupanya MU vs Arsenal. Patutlah.
Dekat 3 pagi baru aku tido, sbelum tu on alarm untuk sembahyang subuh, kang terbabas plak.
Isnin, 1 Feb (hari ni cuti hari Wilayah) jam 7.10am aku bangun sembahyang, lepas sembahyang tido balik... Haaaaah... kul 11am baru tersedar... mak ai! lama juga aku sambung tido... ingat dalam kul 10 lebih nak keluar. Tak keluar la nampaknya.
Bangun, basuh baju yang masih ada. Lepas tu aku masak, menu hari ni, lala goreng cili api, udang masak lemak rempah, sup bayam. Banyak juga tu, simpan untuk malam sekali.
Siap semua dalam kul 12.30pm, then aku terus makan lah sambil layan tv. Lepas makan duduk sekejap sementara nak sembahyang zohor... duduk pnya duduk aku rasa mengantuk yang amat sangat.. Eh! tadi bangun lambat, mcm mana bleh mengantuk lagi ni.. then aku pun tido sekejap konon nanti dalam kul 3 nak bangun sembahyang zohor... tapi mata ni mcm tk boleh nak buka.. ni iblis apa tah ni yang duk bergayut.. ke sebab makan banyak tadi... sudahnya jam 5 petang baru aku bangun...
Waaaaa,.... misssed zohor...apa nak jadi ni...
Aku mandi dan basuh lagi baki baju yang ada.. smbahyang asar. Lepas tu panaskan yong tau foo yang masih berbaki (dua hari simpan dlm freeze). Konon ni minum petang la ni..
Lepas tu layan FB kejap kemudian kemas apa yang belum kemas lagi kat bilik kecil aku tu...tudung, baju mana yang tak nak pakai aku asingkan dan ada untuk nak bagi kt mak aku dan sapa-sapa di kampung.
Lipat kain baju dan gantung mana yang patut dalam gobok kain (dulu selalu rebah ke lantai).
Ni lah kerja dan aktiviti aku minggu cuti 3 hari ni....
Esok DAH KERJA.......

No comments:
Post a Comment