jasmine

jasmine

Nuffnang

Welcome

Welcome to White Jasmine/Selamat datang ke White Jasmine

Saturday, January 30, 2010

Aktiviti 30 Jan

Wahhhhh.... mlm tadi aku tertidur kat hall sampai ke pagi. Dengan lampu tak padam, laptop on till broadband idle, tv off sendiri... muahhahahaha...
Pagi ni buat nasi goreng ala siam. Sebelum tu, sapu lantai yang dah penuh rambut ni..iskhhhh...
Pagi ni setelah selesai sarapan plan perkara2 berikut (keluar rumah jam 10.40am):

a. Bayar loan kereta kat deposit machine (RHB) IOI Mall

Tapi hampehhhhhh betul... mesin deposit tu offline la pula. Petang nanti try datang lagi. So, next plan;

b. Potong rambut

Menerukan perjalanan ke Kg Pandan. Mana lagi kalau tak ke salon rambut kebiasaan aku dari dulu lagi sejak aku duduk KL ni. Tak ada tempat lain lagi yang aku tuju, yang ni saja. Nama salon ni Kedai Gunting Lucy. Dah lama tk datang ni, ada lah dalam 4 tahun lebih kot. Harap2 ada lagi la kedai ni. Mana la tau kot2 dah pindah ka, tutup ka... Alhamdulillah, masih ada lagi... Hmmmm... ramai la plak. Tunggu la kat luar sambil layan majalah yang disediakan. 12.15pm tiba la time aku... Dalam lebih krg kul 1.oopm siap la dah. Oooh! ya, aku minta rambut aku yang dipotong tu untuk aku simpan. Bayaran potong rambut RM11.
Selesai situ, aku menuju ke kedai yong tau fu.. memang dari awal td dah berhajat nak singgah. Dah lama tak makan yong tau fu ni. Setakat ni, yang kat Kg Pandan ni la best. Ok dah beli (RM7.50), mcm byk la pula... Selesai di Kg Pandan, aku ingat nak ke Sungai Besi, nak angkat tv aku yang repair tu. Toke tu dah bising2 suruh angkat, coz dia kata tak cukup tempat nak letak. Jalan punya jalan sambil dok pikir mcm2, sudahnya aku lupa nak ke Sungai Besi, terus ja ke Giant (memang nak ke sini pun lepas Sungai Besi). Adoiiiiiii........ nampaknya hari lain la kena ambik tv ni...

c. GIANT Kinrara

Beli barang-barang dapur sikit dan lain-lain yang perlu. Abis la RM80.20. Alamak! kena berjimat lepas ni.... Lepas tu singgah Cosway beli landshield dan scented pad (hehehe)...

Waduhhhhh... dah jam 4.20pm zohor belum lagi ni... Terus balik rumah, nak kejar zohor.

Hhehehe... sampai umah terduduk kejap, penat jalan kat dalam Giant td.. Sudahnya zohor terlepas... Ingat lepas asar dalam jam 6 nak ke IOI semula.
Dalam lebih kurang jam 5.30pm hujan la pulak..Lebat tu... Selesai sembahyang asar dan qada zohor aku bersiap la ala kadar nak ke IOI Mall kali kedua. Hujan reda sikit, 6.30pm aku keluar ke IOI, masa dalam keta perasan handphone tak bawa. Ah! tak apa la, kejap je ke IOI Mall.

Tawaf 3 kali cari parking.. Dapat jauh sikit... Hujan turun semula la plak... lebat juga ni... redah juga...

d. IOI Mall

Arrrrrrhhhhhhggggg......benganggggg..... dah sampai depan mesin, ni la padah tertinggal handphone... no a/c ada dalam tu.... apalah punya nasib hari ni... sabar, sabar... nasib baik teringat ada sms no a/c kat Uda beberapa hari lepas. Nak kena cari syiling ni, nak call Uda guna public phone. Masuk Jusco, beli CNY card. Dapat coin, then call uda dan berharap dia masih simpan sms tu. Alhamdulillah, nasib baik ada... Patah balik ke mesin dan selesai. 7.30pm balik umah.....

Singgah beli kelapa parut kt kedai depan umah, ingat nak buat nasi lemak esok atau lusa.. heheheee... Hujan masih mencurah tapi tak ada la lebat sangat.

Tepon adik aku tanya perkembangan dia.... Alhamdulillah ok. Then lepas Isya tepon adik aku yang kt kampung...borak gan dia orang dan ayah aku...
Lepas tu, layan yong tau fuuuuuuhhhhh....

Ni lah aktiviti aku hari ni.... Esok? Nak mengemas lah...

No comments:

Post a Comment