jasmine

jasmine

Nuffnang

Welcome

Welcome to White Jasmine/Selamat datang ke White Jasmine

Saturday, January 2, 2010

Rumah Titian Kasih



Sabtu, 1 Januari, 2010 - Sejak rumah ini tersiar di dalam satu program di TV3, aku bercadang untuk melawat dan menyampaikan sumbangan barang-barang dapur kepada pengasas dan penyelia rumah ini iaitu Puan Hjh Sharifah Hj Adlan atau lebih mesra dipanggil Mak Pah. Memandangkan dengan rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t sebelum ini dan akan datang, aku telah membeli barangan dapur untuk disumbangkan. Aku telah pergi ke RTK ini bersama dua (2) orang adik aku. RTK ini terletak di No.62A-2 lorong Maran, Jalan Maran, Off Jalan Kuantan, Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
RTK ini merupakan sebuah NGO dan ditubuhkan pada tahn 1998 bertujuan memberi perlindungan danpenempatan sementara kepada yang memerlukan seperti anak yatim piatu, anak yang terbiar, OKU, warga emas yang daif, fakir miskin, ibu-ibu tunggal serta wanita yang dianiaya dan didera khasnya mereka yang malang serta terpinggir. RTK menjana pendapatan dari hasil jualan "jumble sale", kuih-muih, kraftangan, tempahan catering, jahitan dan derma daripada orang ramai untuk menampung kos perbelanjaan engurusan penghuni di RTK. RTK kini menenptakan seramai 80 orang kanak-kanak, 14 orang OKU, 20 orang ibu tunggal dan 4 orang warga emas. Kebanyakan kes-kes penderaan, gejala sosial dan keterbiaran kanak-kanak adalah di dalam bandar atau ibu kota. Jadi penempatan perlindungan ini khas untuk umat Islam di tengah kota dan sebagai one stop centre.
Menurut Mak Pah RTK memerlukan sumbangan kewangan daripada orang ramai untuk membeli tapak dan rumah yang disewa selama ini. Kos sewa ialah RM5,000 sebulan. Kos pembelian rumah ini ialah RM2.7 juta. Bayaran pendahuluan sebanyak 10% telah dibuat oleh seorang hamba Allah yang prihatin. Dan kini pihak pengurusan memerlukan sebanyak RM2.3 juta lagi. Usaha telah dijalankan untuk mendapatkan pembiayaan pinjaman dari sebuah institusi perbankan tetapi gagal dan yang lebih menyedihkan ialah pihak bank berkenaan meminta bayaran 'under table' sebanyak RM6,000. Ada ke patut? Kata Mak Pah beliau akan cuba mendapatkan pembiayaan dari bank lain. Semoga permohonan beliau berjaya.
Sebagai usaha lain juga, RTK ada membuka lot wakaf untuk dijual dengan harga setiap lot RM1,000 kepada orang ramai.
Kepada mereka yang sudi dan ingin beramal untuk dunia dan akhirat adalah dialu-alukan untuk menyumbang. Adalah difahamkan bahawa terdapat anak-anak terbiar, anak-anak yatim piatu atau yang kena dera dari kalangan melayu dan beragama Islam dihantar ke Shelter Home yang ditadbir oleh pihak Kristian. Jadi fikirkanlah apa nasib kanak-kanak ini. Oleh itu, marilah wahai bangsa-bangsa ku kita membantu mereka yang memerlukan ini.

No comments:

Post a Comment