jasmine

jasmine

Nuffnang

Welcome

Welcome to White Jasmine/Selamat datang ke White Jasmine

Sunday, December 20, 2009

BERCUTI





Ahad, 20 Dis - Nak bercuti ke Cameron Highlands. Inilah kali pertama aku menjejak kaki ke tanah tinggi ni walaupun dan 36 tahun aku kt Malaysia ni. Huhuhu.... malunya aku dengan warga luar yang dah sampai ke sini. Mcm mana la suasananya ya! Kita tengoklah nanti.

Jam 9.30 pagi aku dan 2 org adik ku bertolak dari rumah dan singgah di Carrefour membeli brg2 dapur untuk bekalan selama 3h 2mlm di CH. 10.30 pagi meneruskan perjalanan ke Simpang Pulai untuk berkumpul dengan ayah, emak, dan adik2 aku yang lain serta adik ipar dan anak buah.
Semasa dalam perjalanan selepas Tapah, ada satu kereta gila yang bawa mcm pelesit potong sebelah emergency lane... terkejut aku.. kalau aku ke kiri abis la... dah la dia laju gila.
Kami sampai di Simpang Pulai dalam ja 12.45 thari dan berjumpa dengan yang lain-lain di sana. Selepas itu kami singgah makan tengah hari di sebuah kedai di situ sebelum meneruskan perjalanan mendaki ke CH.
Setelah mengisi perut masing-masing, lebih kurang jam 2 ptg kami meneruskan perjalanan ke CH. Sungguh indah pemandangan di sepanjang perjalanan. Terdapat kaum orang-orang asli yang menjual buah-buahan dan sayuran sepanjang jalan. Petai pun ada. Ingat nak beli buat juadah di CH, tapi sampai akhirnya melepas.
Wow! Bila hampir tiba di puncak kami sudah merasai kesejukannya. Suasana dipenuhi kabus. Macam hujan la pulak. Alangkah seronoknya. Itulah ciptaan Yang Maha Esa yang sungguh menakjubkan.
Sampai di Brinchang lalulintas menjadi sesak di kedua-dua hala. Yang paling teruk ialah yang hendak turun, kerana hari tu ialah hari Ahad, jadi yang telah datang awal akan turun.
Kami amat teruja melihat pemandangan dan suasana di sana dan tak sabar-sabar untuk memulakan sesi lawatan kami.
Aku telah mendapatkan kunci apartment (Royal Lily) daripada pembantu Dr Ayyub di Pekan Tanah Rata. Rupanya apartment tu dekat pekan tu saja. Senanglah macam ni. Kami tiba di apartment berkenaan dalam jam 5.30 petang. Apartment pun boleh tahan juga. Semuanya fully furnish cuma bawa diri dan pakaian je. Tak payah pasang kipas. Buka pintu pun angin dah masuk, sejuk gila.
Lewat petang aku dan adik2ku keluar mencari bahan2 tambahan untuk makan malam. Kebetulan ada pasar jualan pada hari berkenaan berdekatan situ, dapatlah beli barang2 yang diperlukan. Selepas makan malam aku dan adik2ku dan adik iparku keluar ke pasar malam di Brinchang. Besar juga pasar tu. Pasar ni diadakan sepanjang bulan Disember. Aku beli jagung yang kata boleh terus makan. Suasana sejuk hingga ke tulang sum-sum.
Esoknya 21 Disember 2009, kami melawat ke ladang bunga2an dan sayuran. Banyak bunga-bunga dan pokok kaktus di sini begitu juga dengan sayuran. Kami berposing sakan di sini.
Selepas itu, kami bercadang untuk melihat ladang strawberi, tapi malangnya banyak yang telah habis dipetik, ialah kan musim cuti sekolah. Alangkah hampanya kami. Seterusnya kami terasa ingin melawat ke Kg Tmn Sedia di Tanah Rata. Patutlah terasa demikian, rupanya terdapat juga strawberi di situ. Jadi dapatlah merasa dan berposing memetik strawberi. Alhamdulillah, tak rugi, ialah kalau tak petik mcm tak sempurna percutian ke CH ni. Lama juga lah kat situ, sampai ayah aku terjumpa org2 dari utara.. kami pun tk kenal. Hai! sampai ke atas sana ada saja.
Selesai di KTS, kami mengisi perut di Restoran Nurkasih. Kemudian kami balik untuk solat.
Petangnya kami melawat ke ladang teh Bharat yang terletak berhampiran Ringlet (kalau melalui Tapah). Wow! Indahnya pemandangan di sini. Sekelilingnya berbukit-bukau menghijau dengan ladang teh. Inilah tempat yang aku cari seperti yang aku pernah lihat dalam magazine dan drama. Duduk lepak sambil minum teh di atas ladang dengan pemandangan yang sungguh indah. Kami tidak lepas peluang berposing sakan di sini. Ada yang ala-ala cerita hindustan.
Hampir dua jam juga kami di sana menikmati suasana yang penuh damai dan indah ini.
Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke pasar malam di Brinchang lagi. Membeli apa-apa yang patut kerana esok akan turun balik. Kesian anak buah aku, nak main permainan (funfair) di sana (nak naik apa tu yang buai pusing tu).
Balik ke apartment kami masak untuk mkn malam.
Selasa, 22 Disember- paginya selepas sarapan kami dah mula berkemas untuk turun balik. Jam 12.00 tengahari kami keluar dari apartment dan menyerahkan kunci kepada Dr Ayyub di kliniknya. Sebelum balik kami singgah membeli sayur-sayuran di Brinchang. Emak aku banyak juga memborong sayur. Selepas itu kami singgah di Ladang Bharat arah Simpang Pulai. Kami pekena teh tarik pula kat situ sambil membeli teh-teh sebagai buah tangan kepada saudara-mara dan rakan-rakan. Sempat juga lagi berposing di dalam ladang teh berkenaan. Semasa meneruskan perjalanan kami berhenti di tepi jalan untuk mengambil air tadahan bukit dan juga mengutip pokok2 bunga yang terdapat di tepi jalan berkenaan. Seterusnya meneruskan perjalanan, berhenti lagi kerana emak aku pening dan muntah. Teruskan perjalanan dan berhenti di gerai orang asli membeli durian, rebung dan petai. Kemudian singgah di sekolah berdekatan gerai berkenaan untuk membuang air kecil. Meneruskan perjalanan dan singgah di simpang pulai untuk makan. Selepas makan kami masing-masing mengikut haluan ke Perlis dan Kuala Lumpur. Aku dan adik-adikku tiba di KL ja 8.00 malam.
Inilah pengalaman pertama ke CH dan memang menyeronokkan. Aku bercadang untuk pergi lagi pada masa akan datang jika dimurahkan rezeki.



No comments:

Post a Comment