
Sabtu, 05 Dis jam 10am aku terpacak kat IB untuk beli tiket pementasan Natrah. Malangnya dimaklumkan bahawa kaunter tiket hanya dibuka pada jam 2pm pada hari berkenaan. Masalahnya dalam web tercatat jam 9am-1pm untuk hari Sabtu. Bengangnya aku.. Kena datang lagi lah jam 2pm nanti. Ada jugalah beberapa orang macam aku pagi tu yang hampa.
2.30pm aku tiba di IB dan terus ke kaunter tiket. Hmmm.. nasib baik tak panjang 'q' nya. Alhamdulillah, dapatlah tiket untuk hari yang aku nak tonton, walaupun yang berharga RM50 tetapi seat pun di angle yang menarik - stall (atas cadangan kakitangan kaunter). Tiket mahal semuanya dah habis. WAhhhh! boleh tahan penangan NATRAH ni. Sekejap je pengumuman 'extension' tiket dah laris gila. Tak sia-sia Eirma Fatima mengarah teater ini. SYABAS kepada beliau.
Apa yang pasti, giliran aku menonton pada 12 Disember ini. Jom kita layan.
No comments:
Post a Comment