jasmine

jasmine

Nuffnang

Welcome

Welcome to White Jasmine/Selamat datang ke White Jasmine

Tuesday, December 15, 2009

Akhirnya... Natrah




Sabtu, 12 Disember 2009 - Akhirnya tiba giliran aku dan rakanku menonton NATRAH. Wow! Alangkah seronoknya aku. Dapat tengok Remy secara live. Memang dia kacak dan murah dengan senyuman. Manalah ramai yang tak tergila-gilakan dia. Termasuklah yang baya2 aku ni dan aku sendiri pun akui. Bukan apa, memang dia berbakat besar. Setakat ini aku rasa memang dialah kot yang bakal menggantikan seniman tersohor tanahair iaitu Tan Sri P. Ramlee. Lakonan dia memang berkesan. Tapi sayangnya aku tak sempat bergambar dengan dia.

Tapi aku bersimpati dengan apa yang berlaku ke atasnya baru-baru ini. Itulah sifat manusia yang tidak berperikemanusiaan. Bila dah kaya sanggup buat apa saja pada orang lain. Aku harap Remy akan tabah dan sentiasa berhati-hati di dalam setiap tindak tanduknya. Dia masih muda dan boleh menggunakan peluang yang ada untuk melakukan sesuatu yang terbaik demi masa depannya. Kepada mereka yang telah menganiaya Remy, jangan lupa, sekarang memang anda berada di atas tetapi suatu hari nanti belum tahu apa akan terjadi. Tuhan Maha Berkuasa.

No comments:

Post a Comment