jasmine

jasmine

Nuffnang

Welcome

Welcome to White Jasmine/Selamat datang ke White Jasmine

Tuesday, January 26, 2010

Rawatan di Darussyifa

Pada hari Sabtu, 23 Januari 2010 yang lalu aku telah membawa adik perempuan aku yang kedua bongsu untuk mendapatkan rawatan di Darussyifa di Bandar Baru Bangi. Kami bertolak dari rumah dalam jam 8.30 pagi dan tiba di Darussyifa lebih kurang jam 9.15 pagi. Wow! Ramainya yang dah menunggu. Aku bawa sendiri air mineral 3 botol. Kat situ pun ada jual yang 1 liter dan 3 liter kalau tak silap.
Aku pun terus mendaftar nama adik aku dan duduk menunggu. Sementara menunggu aku membaca buku yng aku bawa. Nasib baik bawa bahan bacaan, kalau tidak boring juga la menunggu. Yalah, bukannya sedikit yang menunggu. Yang masih datang pun ramai juga. Ini ialah kali pertama kau ke Darussyifa ni. Nasib baik tak susah sangat nak cari. Alhamdulillah lah berkat map yang ada dalam web Darussyifa.
Aku bawa adik aku coz nak cuba cara perubatan Islam ni. Dia selalu sakit kepala, kekadang tetiba sakit. Berapa kali dah keluar masuk hospital. Last sekali masuk Hospital Penang bulan Disember lepas. Sekarang ni tengah tunggu temujanji untuk EEG. Temujanji tu pada 11 Februari ni.
So, ini sebagai alternatif lah perubatan cara Islam ni.
Hai! Lama juga kita orang tunggu ni... Ada yang datang kemudian tapi dah dapat jumpa ustaz/ustazah. Kita orang ni masih terlopong lagi. Masa menunggu tu, macam-macam yang terjadi. Ada yang menjerit-jerit masa kena rawat. Iskhhhh... Nauzubillah.. Kt situ aku nampak ada terjual daun bidara..tertanya2 juga untuk apa. Rupanya digunakan jika ada gangguan.
Dalam 12.15pm baru lah kita orang dapat jumpa Ustaz Arshad. Dia pun bersoaljawablah dengan adik aku ni dan aku tumpang2 tambah ja. Suka melawak la pula ustaz ni. Selesai bersoaljawab dia pun mula merawat adik aku. Selesai ustaz tu merawat, aku pun bertanya sama ada adik aku ni ada mendapat apa2 gangguan. Dia kata tak ada (tak tau la kot dia tak nak bgtau). 3 botol air mineral tu kena minum bila-bila masa. Then lepas zohor, guna untuk basuh muka, sapu kepala dan basahkan di towel good morning dan ikat di kepala. Lepas tu kena baring dan jangan dikacau.
Disebabkan rawatan di sini tidak mengenakan sebarang bayaran, tetapi digalakkan memberi sumbangan ikhlas, aku menyumbang RM15. Ok ke? ok kot.
Sebelum balik aku beli madu lebah asli hutan Pahang 1 botol (RM20).

No comments:

Post a Comment