jasmine

jasmine

Nuffnang

Welcome

Welcome to White Jasmine/Selamat datang ke White Jasmine

Friday, January 29, 2010

Servis Kereta

Hari ini pepagi ada perhimpunan bulanan opis aku. Semalam bos aku tak masuk opis, patutnya dia pi PD ada bengkel RMK10 kat sana... tapi dia ada appointment lain pula, kata dia petang nak ke PD, tapi sampai sudah tak pergi. Dia ada bagi tugasan untuk hari ini untuk aku dengan Sharifah Amilia. So, lepas perhimpunan dan selepas masing-masing dah isi minyak penuh, kita orang mengadap bos (Amy, Su Ping dan aku) kt tempat aku. Su Ping masa tu masih blur coz tak tau apa2. Sian dia. Lepas abih mengadap kita orang pun pulun la buat kertas tu... masa tu dah 11.45pagi. Kata bos 12.30pm kena submit. Padahal dateline untuk paper tu dah lama lepas (31 Dis 09). First paper kita orang dah submit 2 minggu lepas. Dah la hari ni hari Jumaat, 12.15 time break. Aku plak ada temujanji servis kereta (1st svc - 1oookm) jam 2.30 ptg.
Kita orang pun bertungkus lumus la buat. Masing-masing dengan ayat yang berbeza. Yalah, ada yang longhand, ada yang shorthand, yang shortcut pun ada. Sudahnya mcm2 bunyi ada. Hehehee. Akhirnya 1.20pm kita orang siap dan terus emel kepada yang berkaitan.
Selesai semua, aku pun bergegas ke Perodua Svc di Desa Tun Razak, Cheras. Sampai jam 2.10, so tunggu la hingga 2.20pm kat luar tu. Lepas tu terus masuk coz tengok ada customer dah mula masuk, kang aku miss Q plak.
Setelah mendaftar dan memaklumkan apa yang patut, aku menunggu kat level atas sambil layan Impiana. Sesekali aku meninjau kat bawah, tengok apa dia orang buat. Hmmmm....dari 2.30pm masuk...jam 5.20pm selesailah sudah... Baru aku tau rupa-rupanya stereng boleh lock tanpa perlu pakai separate stereng lock... hehehhe... terima kasih Siti. Hmmmm servis kena RM128.00.
Hujan la plak... dah tu ari ni aku rasa mcm bawa kereta tak betul plak...mcm orang baru belajar... tak tau apsal.
Balik ke opis dulu coz aku tertinggal kunci dan nak tukar kasut... Hmmm berani-berani takut juga naik ke opis. Semua dah balik, masa tu jam 6.00 petang, hujan plak. Tawakkal ja lah... Selamat...
Lepak kat bawah with Balan, Li Qin, Ros dan Faliza sementara tunggu hujan reda. Wow! Li Qin belajar bahasa Melayu, bagus! She is a fast learner. Respect her coz ada inisiatif.
7.15pm aku gerak balik, hopefully jalan ok.... hmmmm bolehlah tak ada jam sangat. Ingat nak singgah Giant, tapi malaslah pulak, esok je lah pergi.. Cuti 3 hari ini, semangat nak berkemas rumah, bila tengok majalah2 IMPIANA di Perodua tadi. Boleh lah.
Minggu ni adik aku tak datang sini, dia ikut adik aku lagi seorang ke Lumut.
Esok ingat nak pergi potong rambut yang dah panjang mengurai ni dan asyik gugur ja...penuh atas lantai...

No comments:

Post a Comment