jasmine

jasmine

Nuffnang

Welcome

Welcome to White Jasmine/Selamat datang ke White Jasmine

Thursday, January 14, 2010

Duhai Si Pari Pari


Khamis, 31 Dis 09 - Aku cuti hari ni, cuti akhir tahun 2009, nak selesaikan urusan dengan lawyer pemaju rumah aku dan nak bawa adik-adik aku menonton Duhai Si Pari Pari (first day on screen). Ni sebab Remy acting la ni.
Sebelum meneruskan cerita, ada berita yang sedihnya, organisasi aku baru kehilangan seorang kakitangan iaitu pemandu yang lama juga bertugas. Dia meninggal semasa menjalankan tugas pada Rabu, 30 Dis. Jatuh dan meninggal di depan sebuah klinik semata-mata memerlukan bantuan oksigen tetapi tidak dilayan. Aku dan semua amat bersimpati dengan kejadian ini. Tak berperikemanusiaan punya doktor.
Walaupun aku cuti, tapi aku turut serta hadir bersama-sama bos dan rakan-rakan pejabat memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di rumah di Ampang pada jam 11 pagi. Keadaan rumah cukup menyedihkan. Aku rasa amat sedih. Mendiang meninggalkan tiga orang anak dari umur 6-11 tahun (dgn isteri sekarang).
Selepas ziarah, balik ke pejabat dan terus balik ke rumah. Aku mandi bersihkan badan. Kemudian aku ke pejabat lawyer Rajinder Singh & Veraiah untuk tandatangan MoT di Bangsar. Angkut adik-adik aku sekali. Mr Rajinder pula datang dan berborak dengan aku, aku ni tak suka sangat dengan singh ni. Tau ja la. Nasib baik tak lama. Selesai semua kita orang menghala ke IOI Mall, masa tu dah 4.30 ptg dah. Ingat ada la time nak kejar untuk Duhai Si Pari-Pari tayangan petang (tak tau pkul berapa). Sampai IOI (5.05 pm) terus ke kaunter tiket. Movie dah mula lebih kurang 5 minit tadi. Terus beli tiket dan beli apa yang patut untuk makan dan terus masuk.. Lorrrr... tak ramai orang pun. Ialah hari tu hari kerja, aku ja yang tak kerja.
Boleh lah tahan movie ni just for fun. Si Remy ni jadi orang jahat la plak. Ok la tu...
Lepas layan Duhai Si Pari Pari kita orang pi layan Wendy's plak. Hmmmmm.....pastu bawa dia orang pi shopping kt JJ. Aku beli kasut sembonia dan t-shirt cheetah, DikLa aku belikan kasut (sembonia juga kot) dan panties (untuk DikNi sekali) dan DikWan baju kemeja (dia kata nak pakai masa konvo). Lepas tu masuk supermarket beli sushi. Kemudian kita orang balik umah. Sampai umah lebih kurang 8.30mlm lebih la..


No comments:

Post a Comment