
23 November, 2009 - Pada hari ini telah dilancarkan model baru Perodua, iaitu MPV Alza. Aku memang berhajat untuk membeli kereta ini. Pelancaran dibuat jam 5.00 petang. Selepas waktu kerja lebih kurang jam 7.30 mlm aku ke Perodua Sales di Bandar Puchong Jaya untuk melihat model berkenaan. Teruja juga aku bila melihat kereta berkenaan. Jurujual di situ pula tanpa rasa jemu melayan aku, yelah dia orang nak dapatkan pelanggan. Cadang mula hanya untuk melihat sahaja kerana telah bercadang untuk membuat tempahan ditempat yang direkomen oleh pemandu bos aku iaitu di PJ. Tapi nampaknya aku tak sabar-sabar kerana dimaklumkan bahawa aku akan menerima kereta berkenaan pada pertengahan Disember dan warna yang aku pilih memang telah ada stok. Jadi tanpa berlengah dan berfikir panjang aku pun buat tempahan (orang kata buat sesuatu jgn tergopoh-gapah). Aku pun dah berangan bila bercuti ke CH nanti bolehlah pandu kereta berkenaan.
Malangnya selepas percutian masih lagi belum mendapat kereta berkenaan. Hmmmm....nganga jelah... Dalam pada itu, aku mula rasa berbelah bagi sama ada nak teruskan atau tidak membeli kereta berkenaan. Aku rasa wang pendahuluan berkenaan boleh disimpan dan bayaran bulanan juga begitu. Aku seperti terpanggil untuk mengerja umrah pula. Rasa menyesal juga ada kerana terlalu terburu-buru membuat tempahan.
Pada 25 Disember 2009, aku menerima panggilan telefon daripada jurujual berkenaan menyatakan kereta telah ada dan aku perlu menandatangani beberapa dokumen. Aku mula rasa serba salah, nak ke tak nak. Akhirnya aku tekad, teruskan juga membelinya. InsyaAllah, jika diizinkan Allah, mungkin masih ada rezeki untuk aku menyimpan.
Tapi tunggu punya tunggu pada 30 Dis tu tak ada apa-apa panggilan pun. Maknanya 2 Jan 2010 la tu.
Ya betul, lebih kurang jam 3.20 petang, 2 Jan 2010 aku menerima panggilan daripada jurujual menyatakan kereta dah sampai, jadi boleh pergi ambil dan buat pemasangan filem. Aku pun bersiap untuk mengambil kereta seperti yang dimaklumkan. Hahahaha... punya gabra bila bawa kereta tu, hingga adik perempuan ku pun takut. Yelah kali pertama aku bawa kereta baru dan besar plak tu. Aku terus pergi isi minyak di Petronas Lraya Puchong-Sg Besi. Ingat nak isi yang 97 tetapi terberhenti di pam 95, kebetulan di sebelah ada Alza putih tgah isi 95 juga, jadi aku pun bantai juga lah. Lepas tu aku pergi ambil adik lelaki aku yang menghantar kereta kancil ke apartmen dan terus ke tempat pemasangan filem. Hhuuhuhu...kata pasang free rupa-rupanya dpt diskaun RM200 je... Tambah pasang alarm juga dan tinted gelap di cermin sisi belakang sebelah kiri dan kanan. Jumlah kos R1,100. Huhuhuhu.... lepas ni kena posa la aku.
28 Disember 2009, jurujual datang ke pejabat aku untuk mendapatkan tandatangan aku bagi beberapa dokumen. Aku telah memaklumkan mengenai nombor plat pilihan aku iaitu plat N (Negeri Sembilan) untuk pangkal nama akulah dan nombornya 5373 (tarikh lahir aku). Alhamdulillah dapat cuma kena bayar RM460 pula lah bagi tujuan ini.
Aku dimaklumkan oleh jurujual berkenaan berkemungkinan kereta akan dapat pada lewat petang 30 Dis atau pada 2 Dis. Aku pula jika dapat pada 30 Dis bolehlah aku balik kampung dengan adik-adik aku.Tapi tunggu punya tunggu pada 30 Dis tu tak ada apa-apa panggilan pun. Maknanya 2 Jan 2010 la tu.
Ya betul, lebih kurang jam 3.20 petang, 2 Jan 2010 aku menerima panggilan daripada jurujual menyatakan kereta dah sampai, jadi boleh pergi ambil dan buat pemasangan filem. Aku pun bersiap untuk mengambil kereta seperti yang dimaklumkan. Hahahaha... punya gabra bila bawa kereta tu, hingga adik perempuan ku pun takut. Yelah kali pertama aku bawa kereta baru dan besar plak tu. Aku terus pergi isi minyak di Petronas Lraya Puchong-Sg Besi. Ingat nak isi yang 97 tetapi terberhenti di pam 95, kebetulan di sebelah ada Alza putih tgah isi 95 juga, jadi aku pun bantai juga lah. Lepas tu aku pergi ambil adik lelaki aku yang menghantar kereta kancil ke apartmen dan terus ke tempat pemasangan filem. Hhuuhuhu...kata pasang free rupa-rupanya dpt diskaun RM200 je... Tambah pasang alarm juga dan tinted gelap di cermin sisi belakang sebelah kiri dan kanan. Jumlah kos R1,100. Huhuhuhu.... lepas ni kena posa la aku.
No comments:
Post a Comment