jasmine

jasmine

Nuffnang

Welcome

Welcome to White Jasmine/Selamat datang ke White Jasmine

Monday, May 24, 2010

Jalan2 ke Ho Chi Minh (Saigon)




Tanggal 19 Mei 2010 (Rabu) jam 5.30pg aku bangun untuk bersiap2 dan bertolak ke LCCT. Hari ini aku akan berlepas ke Ho Chi Minh (HCM) bersama2 PUSPANITA KBS. Penerbangan jam 9.15 pagi. Jam 6.00pg aku ke ofis untuk bertolak ke LCCT bersama-sama Sh Amila. Sampai di LCCT jam 7.15 pagi.
Sebelum tiba hari bertolak aku telefon travel agent yang prepare tiket pasal check in luggage aku dan dinasihatkan ke pejabat AirAsia terdekat.. dpt info dari Rani kata dia sapa nak xcess baggage kena tambah bayar RM54. Aku tk ambiklah memandangkan dia kata xcess baggage. Rupanya itu termasuk sekali dengan check in luggage. "Communication breakdown" la. Huuuhuhu... Tiba di pejabat AirAsia KL Sentral (dah la dpat no. tah ke brapa jenuh tunggu) dan bila tiba my turn kata tk bleh buat plak sbb tk sampai 24 jam, so kena buat masa check in kt LCCT.. Grrrrrrr...geramnya...
Ok la tiba masa check in aku bgtau Mohd Fadley Othman, 'tour leader' dari Tradewinds, dia kata tk pe nanti diuruskan... so masa check in tu by group, so boleh join dengan mana2 yang ada baki..Alhamdulillah selamat. Aku dpt seat 15C.. International flite ada seat tk mcm domestic kena berebut2.
Selamat mendarat di Tan Son Nhat Int. Airport (HCM) jam 10.10pg waktu tempatan atau 11.10 pagi waktu Malaysia. Sampai saja tourist guide (Ann) terus bawa ke hotel (Tan Hai Long 1) dan makan di Restoran 4 Musim (milik rakyat Malaysia) Bleh tahan juga menu dia..makan nasi lah.. lepas tu di bawa ke Independence Palace (the workplace of the former President of South Vietnam). Lepas itu kami di bawa ke Notre Dame Cathedral (tinggalan Perancis) yang berada berdekatan dengan Orient & the General Post Office yang juga merupakan bangunan sejarah rekabentuk Perancis. Selepas itu, kami di bawa ke Ben Tay Market iaitu pasar cina. Di sini aku hanya sempat membeli sehelai kain kapas (viscose) untuk emak aku. Tk lama di sini kerana para pekedai menarik2 tangan kami untuk memaksa kami membeli. Lain mcm sikit ni. Kami terus keluar dan singgah di salah sebuah shopping complex (aku belek2 perfume, tp tk sure ori ke tak) kemudian dibawa ke makan malam pula di Restoran Samsudin. Makan nasi lagi.. specialnya di sini ialah ada sup vietnam. Ok lah boleh tahan juga.
Selesai makan kami balik ke hotel. Aku dah penat gila. Masa dalam bas dia orang pakat2 nak ke pasar malam berdekatan hotel tu.. Pada mulanya aku dan Amy memang nak turut serta, tapi bila dah masuk bilik dan mandi serta sembahyang jamak apa yg patut, apa lagi aku terus pengsan... hmmm tk de maknanya pasar malam...
20 Mei 2010 (Khamis), hari ini jadual kami ialah melawat ke Terowong Cu Chi yang terletak lebih kurang 2 jam perjalanan dari hotel. Sebelum bertolak sempat singgah breakfast kt coffee house (aku mkn pisang je), tk berani nk mkn benda2 lain. Sempat bertenet kejap (FB). Kami bertolak jam 9.00 pagi. Suatu pengalaman yang menyeramkan apabila aku masuk ke salah satu terowong di situ. Rasa tk jadi nak patah balik pun ada. Menakutkannnnnn tuuuuu... dah la gelap, muat untuk sorang ja...disebabkan Amy dah ke depan, aku gagah jalan juga lah.. yang ni tak jauh 15m ja.. tapi rasa mcm 15km.. Hanya beberapa orang ja yang masuk, yang lain tak nak masuk dan ada yang patah balik. Panjang terowong ini ialah 220km sehingga ke Hanoi... wow bayangkan mcm mana dia orang bina. Terowong ini dibina pada tahun 1940an sebagai persediaan untuk perang dengan US tahun 1965.. Huhuhu dahsyat persediaan vietnam ni..
Selesai di Cu Chi Tunnel kami terus dibawa makan tengahari di Restoran 4 Musim lagi.. menu lebih kurang sama cuma lain masakan.. hehehehe.. lepas itu kami dibawa sembahyang di salah satu masjid yang terdapat di bandaraya ini. Lepas itu kami di bawa ke kedai yang menjual baju siap, telekung dan jubah (Ho Anh) aku beli sehelai jubah/gaun hitam putih, harga dia USD15.. huhuhu..
Selesai di situ, kami balik ke hotel dan rehat serta sembahyang sementara menunggu untuk makan malam. Aku bertenet sekejap. Makan malam hari ini ialah di Restoran Samsudin.. ada ikan besar..goreng planta.. layannnn.. Di samping itu, tourist guide and travel agent celebrate birthday 3 orang members yang harijadi mereka bulan ini.. wahhh...
Selesai makan kami balik ke hotel. Aku dan Amy merayap ke pasar malam..wahhhh mcm2 ada.. aku belikan kain pesanan adik aku untuk wife dia (vietnam silk), pastu aku beli blouse untuk aku.. kami pusing habis pasar malam tu.. jumpa warga Malaysia yang menetap di sana pun ada.. Penat pusing kami pun balik hotel untuk. Aku plak mcm biasa singgah berFB kt depan coffee house tu..
21 Mei (Jumaat), hari ini aktiviti bebas, so pukul 9 pagi kena berkumpul untuk ke Ben Tanh Market (ikut perancangan kumpulan lah)... semua dah kumpul.. aku plak berFB.. hehehe.. last2 aku kena tinggal... hahaha tinggal aku dengan si Mohd Fadley Othman yang sweet tu... hahaha... kami dok layan FB, tp dia check hotel for another group trips... hahaha sempat plak meng'addkan dia dlm FB aku.. hehehehe.. lepas tu kita orang pun ke Ben Tanh Market (pasar ni seblah hotel je) untuk cari group kita orang... hampesss... tak jumpa. Lastly kita orang jalan2 pusing bandar., masuk shopping complex la.. mcm bersauna pula jln tgah2 panas ni...sampai kt ujung jalan (dh dekat saigon river dah).. sempat plak mamat ni singgah money changer tukar currency (usd and dong). Pastu kita orang balik ke hotel, aku plak menghala ke kedai yang Amy kata si Nik Shahrom bgtau tu... Laaaa rupa2nya dia orang ada kat situ... ish ish ish instinct aku memang betui... Borong sakan dia orang ni... Aku beli 4 telekung (USD10 each), 3 baju kurung (USD20 each) dan 3 tudung (USD8 each)... Lepas tu kita orang balik ke hotel. Aku mandi and sembahyang. Amy plak tido.. dia kata penat/pening coz panas. Lepas tu aku ke Ben Tanh sambung shopping lagi.. Aku beli 4 pasang cotton viscose (USD7 each), mula2 dia bagi USD8, then Kak Ton bargain to USD7.. Datin ambik vietnam silk kot.. dia dok memborong kain untuk buat shirt and pant Dato'. Abis pusing2 situ aku balik ke hotel... sambung plak FB and check email.. pastu naik bilik mandi...buat air panas, mkn maggi.. lepas tu aku dan Amy ke Pasar malam lagi, Amy nak tukar blouse.. aku plak nak beli sling bag yang aku nampak mlm tadi (sampai sudah tk jumpa, tu la mlm td tk amik siap2). Amy beli 4 sandal, aku plak kena paksa toke tu so beli la satu (RM12 je)... aku beli magnet freeze untuk souvenir...habis pusing pasar malam... kami balik hotel hantar barang, then pi makan kt VN Halal... masa tu dah dkat 12mlm (11mlm waktu vietnam). Aku makan nasi paprik and tea ice (bleh tahan teh ais dia ada rasa coklat la), panas punya pasal air aku dh nak abis, makanan blm sampai lagi.. sudahnya order tea tarik plak... siap makan kami balik hotel..and zzzzzz.
22 Mei (Sabtu), 5.15 am waktu vietnam (6.15am Malaysia) kami dah bangun coz si Amy nak pi Pasar Ben Tanh, smlm dia tk pi. Ann kata 6.30am dah buka pasar ni. Kami pun bersiap2 le dan 7am lebih skit kami pun turun lah ke Ben Tanh. Alahaiiii.... blm buka lagi leerrrr... Balik ke hotel balik and aku bertenet.... dkt2 pkul 8 time vietnam kami turun semula... ada la yang baru nak buka.. kami redah je lah... tolong buka.. hahaha.....2 jam kt dalam ni.. aku beli tisu cover untuk souvenir, replika guitar, topi, boxes, keychain.... 11am lebih balik hotel.. kena check out kul 1pm.. so mandi (berendam) and kemas dan turun jam 12.30pm (MFO dah called kata semua dah turun) hehehe... Waduh! kena tunggu hingga jam 3.30pm (VT) baru bas sampai..sementara tu lepak kt lobi yng memang sgt besar tu (lobinya kecik aja) dengan dipenuhi beg2 kita orng ni. Sempat lagi ke MINH bawa kakak sorng tu nk beli jubah katanya. So, aku n Amy bawa dia pi.. hahaha.. aku sempat gak beli sehelai blaus warna putih... hehehe (USD10) huhuhu.. Then beli fresh flower for Ann sebagai terima kasih (VD50,ooo).
Lbh kurang 3.30pm bas pun sampai...kami semua bertolak ke airport... sampai airport kena melanggut lg tunggu kaunter buka. Sblm tu si MFO dh bgtau re my chek in luggage.. jika ada masalah..guna dia punya chek in.. coz dia tak ada check in luggage.. thanks God...
Tiba masa check in...semua dah check in so last skali si MFO..masuk aku punya luggage and sorg kakak tu.. ada xcess 8kg (1kg kena caj USD6).. aku bagi USD22, MFO USD13 selebihnya pinjam dari Datin Azizah.. so settle... kita orang plak check in ke dalam... masuk lepak semntara tunggu boarding time.. amik gambar gan Datin Azizah.. Oh ya! aku dapat seat 16C.. sib baik tngah bkn belakang.
Tiba masa boarding..yehaaaa balik Mesiaaa.... aku satu seat dgn Rani... masa dtng hari tu sblah menyebelah (row) ni satu seat plak. Hehehe.. Ni masing2 dah lapar dah ni..tk sabaq nak tunggu bg order.... Tiba masa sterwardess amik orde... hampaaa... donut and maggi ja ada... aku belasah donut and white kopi ja lah... sepanjang perjalanan aku hanya membaca "something elsie to semile about".
Suppose landed at 10.25pm tp pilot tu speedy kot so landed about 10.00pm... Settle imigresen then amik luggage, pass souvenir to Fadley. Tunggu Zuki dtg amik kita orang. Sempat plak aku bergambor gan si Fadley ni.. hahaha
Then sampai ISN, para penonton AF8 akhir tgah berpusu2 nak keluar... alamak!!!
Aku sampai rumah dlm jam 12am+++ lotih...

Wish to go there again...



No comments:

Post a Comment