Aku telah kehilangan kini. Kehilangan buat selama-lamanya. Aku amat terkilan kerana tidak dapat membalas segala jasa-jasanya terhadap ku dan adik-adikku selama hayatnya. Adakah terampun dosa-dosaku terhadapnya? Aku tidak sangka dia akan pergi secepat ini.
Pada 23 Mac 2011, lebih kurang 7.50mlm bapa ku telah menelefon dan memaklumkan bahawa ibuku sedang berada di wad kecemasan untuk menunggu didaftarkan untuk kemasukan ke wad. Ayahku kata ibuku muntah-muntah sejak dari tengah hari dan tiada selera makan sejak beberapa hari. Aku ingat masuk wad seperti kebiasaan dia masuk sebelum ini kerana masalah kesihatannya.
Pada jam 12++mlm adik perempuan bongsuku memaklumkan bahawa ibu ku dipindahkan ke CCU.
Pada 24 Mac aku ke KBS kerana menghadiri AGM PUSPANITA yang tamat pada jam 2.00 petang. Pada hari itu aku kehabisan bateri telefon dan memberi no telefon Kak Norizan kepada adik ku sekiranya ada kecemasan. Adikku telah menelefon beberapa kali, dan aku menelefon semula dan dimaklumkan bahawa keadaan ibuku sangat kritikal. Aku balik ke ofis dan cuba untuk mendapatkan tiket mana-mana penerbangan ke Alor Setar. Tetapi tiada. Aku ke UNIKL untuk mengambil adik perempuan yang belajar di sana dengan tujuan untuk balik ke kampung dengan menaiki bas pada malamnya.
Pada jam 7.30++pm adik lelaki kedua ku menelefon memaklumkan bahawa dia telah menandatangani borang untuk pihak hospital membuat satu prosedur dan katanya pihak pegawai perubatan telah memberi 'assurance' bahawa dengan prosedur demikian peluang adalah 70%.
Semasa di dalam perjalanan pulang dengan adik perempuan kedua bongsu lebih kurang jam 12.20mlm adik lelaki pertamaku telah menelefon dan memaklumkan bahawa ibuku telah tiada. Aku kelu...... IBUUUUUUU, EMAKKKKKKK......
Hingga kini aku seperti tidak percaya bahawa aku telah kehilangannya. Dia telah pergi buat selamanya meninggalkan aku, ayah dan adik-adikku. Aku redha dan pasrah jika ini sudah takdirnya. Namun aku terkilan kerana masih banyak yang masih belum aku balas segala penat lelahnya.
Sesampainya aku dan adik aku di rumah, langkah ku longlai, ramai sanak saudara berada di depan dan di dalam rumah.. aku dipimpin masuk ke dalam rumah. Manakala adik perempuan aku terus keluar dari kereta dan meluru masuk sambil meraung. Sesampainya aku di depan jenazah ibuku, aku menahan tangis.. aku lihat mukanya tenang dan sedikit tersenyum. Perginya pada malam Jumaat, mungkin telah tertulis olehNya, pemergiannya adalah di dalam keadaan tenang dan mungkin lebih baik baginya berada di alam sana.
Selama aku menyambung cuti, tiap-tiap hari kecuali pada hari hujan, aku dan adik-adikku menziarahi pusara ibu kami. Pada malam hari kami beramai-ramai membaca surah Yassin untuknya. Doa kami agar roh ibu kami aman dan damai di sana. Emak, kami amat merinduimu... Emak pergi pada tanggal 20 Rabiulawal 1432H bersamaan 25 Mac 2011 (12.10am).

Al-Fatihah. Moga emak beroleh ketenangan dan kedamaian di sana.
No comments:
Post a Comment