jasmine

jasmine

Nuffnang

Welcome

Welcome to White Jasmine/Selamat datang ke White Jasmine

Sunday, September 30, 2012

Menjelajah Dataran Merdeka, Pasar Malam Jln TAR dan Melawat Tok Penakan

Sabtu, 29 September 2012 - My bro from Kuantan came over to spend a weekend here in KL. He arrived about 1.15pm. Then we went to Su sister's wedding at Dewan Komanwel MSN together with Nova.  Nice food served esp 'tapai'. Hehehe.. my bro took 4 of it.

After wedding went to ISN to collect mooncake given by Linda (DSH).  I just took 1 mooncake, the rest give to Palani coz he's the one who is always I ask to pick up every year.

Straight went home.  At first thought wanna go visit my cousin at IPR KL but my bro said he's sleepy.  On the way home I suggested to him to go to Pasar Malam Jln TAR tonite, he's ok.

About 9.30pm we reached Dataran Merdeka to park the car there then walk to Pasar.  Wow! What a beautiful view! For so long I didn't come here.  Colorful lights at the Sultan Abdul Samad Building.  Amazingly!  I took several photos then walked to Pasar.  Haha! Most of the traders started to pack their already, and some already packed.  I bought 1 tudung (awning) with pink color, very cheap, RM10. While we were here, my 2nd bro called and invited for late dinner at his place. I dropped by at Muaz Trading. Here a variety of tudung are sold and very cheap.

After Pasar we went back to Dataran and took somo more photos.  Then we proceed to Semarak for our late dinner.

Reached home about 1.30am.  Walaweiiii... then FBing.. hahaha till 4.30pm (uploading colorful nite photos).

Ahad, 30 September 2012 - Prepared nasi goreng and fried potato. My 2nd bro reached about 10.30am.  Today we plan to go to our 'tok penakan' house to visit her who is not well. Before that we went to Giant to buy some fruits and Pudu Sentral (UTC) to buy a ticket (my Kuantan bro).  We reached at my 'tok penakan' house about 2.00pm or so.  There were few people there, rupanya kumpulan kompang.  Lucky my 'tok penakan' was there (didn't inform her that we are going there).  She is fine but no so.  Her BP is 200.  Wow! so high.  We had a chat.  Then my aunts called us to 'makan'... We didn't expect actually but already expected as usual.  Simple but nice with 'ikan talapia merah goreng' (so big one). As usual 'sambal belacan' never missed. Haih! They are always like that.  That the way they welcome their relative whenever we go there.  And according to my 'tok penakan' it is her husband (my real tok penakan) 'pesanan'. I hope my 'tok penakan' will have a speedy recovery soon.

We left her house about 4.15 then straight went home and had a nap (so sleepy).

7.45pm went to Pudu Sentral sending my bro who's going back to Kuantan and my 2nd bro went back to his mess at Keramat.  Home alone again! Sigh!





Monday, September 24, 2012

Kiranya Kau Mendengar Ketika Ini

Kini dia tiada lagi.  Hanya kenangan manis bersamanya.  Dia  banyak lalui duka dari suka.  Aku redha dan sentiasa berdoa untuknya di sana semoga sentiasa beroleh ketenangan yang abadi.

Kiranya Kau Mendengar Ketika Ini (Jay Jay)
Lebaran senyummu
Membuatku rindu
Perasaan ku layu tanpa bicara hatimu
Jiwaku luluh tanpa suluh cahaya matamu
Kiranya kau mendengar ketika ini
Kulalui duka dalam laung ketawa
Kulalui duka dalam pasrah dan nestapa
Sungguh-sungguh aku mengharapkan
Kiranya kau mendengar ketika ini
Kau tiada mendengar tika ini, aku tahu
Pergimu bersama seruan
Laung-laungan suci
Dipayungi rintik-rintik air mata
Membasahi tanah di pusara
Dia adalah ibu ku..yang tiada galang-gantinya. Al-Fatihah.


Sunday, September 23, 2012

Suratan atau Kebetulan

Hidup ini kadangkala adalah suratan dan adakalanya adalah kebetulan. Semuanya adalah di atas kehendakNya.  Kita hanya mampu merancang tetapi Dialah penentu segalanya.  Redha di atas segala suratan dan jadilah hambaNya yang sentiasa bersyukur di atas segala anugerah, kelebihan dan kekurangan. Melangkahlah ke destinasi dengan penuh ketaqwaan dan keimanan dihiasi kejujuran dan keikhlasan demi mencari cinta abadi.

Suratan atau Kebetulan (Kenny Remy Martin)

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan


Kadangkala kita buat pilihan yan tepat tetapi kadangkala pilihan kita adalah salah.  Begitulah kehidupan ada warna warninya. Kadangkala indah tetapi kadangkala suram dan kelam.  Buatlah pilihan yang terbaik demi kehidupan yang diredhai olehNya.

Kisah Kau dan Aku

Inilah hidupku.... suka-suka hatilah..

KISAH KAU DAN AKU (Lagu asal oleh Alleycats, lagu copy oleh Khafi)

Teringat kisah ku di malam itu
Sejak bertemu ku rindu selalu
Tak dapat aku melupakan oh wajah mu
Telah menjadi lukisan di hati ku


Bagaikan burung yang terbang berkicauan
Riang hati ku kau jadi kekasih
Tak ingin aku akan perpisahan
Hidup ku ria tiada mengenal sedih


Tiada ku sangka mendungkan menjelma
Datang menggelapkan sinaran hidup ku
Belum puas ku merasakan hangatnya
Dingin terasa di seluruh tubuh ku


Masa berlalu kini kau telah berjaya
Malangnya aku telah kau lupakan
Tiada ku sangka begini jadinya
Kan ku hadapi sebagai satu cabaran


Waktu ku sepi ada yang hampiri
Memberi kasihnya sebagai pengganti
Telah ku lupa segala sakit di hati
Tetapi kini engkau ingin kembali


Tak mungkin aku akan menerima mu
Dan melukakan hati kekasih ku
Lupakan saja apa yang berlaku
Jadikan ini satu kisah hidup mu


Jika kau pergi tanpa sebarang sebab, jangan kau kembali dengan seribu alasan. (If you go without any excuse, don't come back with a thousands reason).

Saturday, September 22, 2012

Aktiviti Hari Ini


Sabtu, 22 September 2012 - 8.45 am ke Restoran Al-Sarifa beli roti canai 5 keping untuk breakfast dengan Su Ping dan Nova di BJ Park. (Patutnya 8.30am aku dah ada kt park tu seperti yang dijanjikan dengan Su Ping, tapi aku biasalah hari2 cuti ni kan.. tambah2 pula bila masih lg cuti sembahyang..hihihi.. Kesian Su Ping..kena tunggu aku kt situ.)

9.10 am aku sampai BJ Park..dan terus cari Su Ping di tempat yang dijanjikan (rumah Bangkok), rupa2nya dia berjalan2 dulu (mgkin bosan tunggu aku kot hahaha).  Then we both proceed to Peru and had breakfast. Nova did not turn up yet, thot dia tk jadi datang kot2 tk bangun lagi, then Su Ping called her but no answer.  Then she smssed and told that she's still sleepy but will make her way to join us.
Su Ping and I enjoy the breakfast 1 1/2 each of us. The other 2 pieces for Nova.. hahaha.. We had a talked esp about her trip to Canada (huhuu.. I envy)..
Nova turned up after we finished our breakfast, then Nova took hers... We had a long chat till 1pm. No badminton today. Wow!!!! Hahaha..
From Peru we then moved to England garden and took some photos, following later at windmill a trademark of Holland, then to Japanese garden.  We left BJ Park at at almost 2pm.  What a long stay ever.  The weather also very nice.

I went to Giant (Guardian) to buy my stock (face product and fish oil supplement).

P/S: Gas habis so, tak masak tht's why beli je.. Tunggu minggu depan baru ambil gas (huhuhu.. tgu gaji la).  Buat masa ni guna induction cooker atau dapur letrik dulu.. Aku masak nasi guna dapur ni hangus nasi aku.. Haih!!!

Sepi, Damai di Hati

Kombinasi lagu-lagu.....

Di sepi ini aku mencari sinar matamu
Lama ku tunggu tidak kutemu
Ku ayunkan buaian cinta dipohon duka
berguguran keindahan kernamu

Telah lama ku pendam rindu dalam diamku
menantikan ucapan mesra darimu

Kini kau berjauhan seribu perjalanan
hati merintih sedih tiada berair mata

Kian ingin kau kulupakan kian kau ku rindui

Sesalan tidak terucap bila kau berubah sikap
ku sedar siapa diriku kau buat tempat berteduh

Semoga engkau bahgia di samping kekasih baru
andainya engkau kecewa janganlah kau cari aku

Biar saja aku sendiri yang mencari damai di hati...

Damailah.....sekeping hati...



Friday, September 21, 2012

Melakar Rindu



Lirik yang mempunyai maksud tersendiri...

Lagu dan nyanyian Julfekar & The Stringers
(Lagu tema Trigologi Cinta)


Terlalu singkat hubungan ini
Belum pun sempat melakar rindu
Baru semalam mimpi dicipta
Mengapa mendung melanda sukma
Kaulah segalanya maka digubah 
Ketika cinta masih di dada 
Punahlah jua kini akhirnya
Entah mengapa hati bertanya
Mengapa kasih terlerai kini
Ku tak salahkan dirimu sayang
Lantaran takdir sudah tersurat
Kaulah segalanya maka digubah
Ketika cinta masih di dada
Punahlah jua kini akhirnya
Kaulah segalanya maka digubah
Ketika cinta masih di dada
Punahlah jua kini akhirnya
Punahlah jua kini akhirnya
~Yang Indah Hanya Mimpi dan Kenangan~

Tuesday, September 18, 2012

I Need Strength


At this point of time I need strength to overcome this feelings, fed up, boring, sad, etc-etc.
Why? Why? Why? Oh! God. Help me, please.

I can't pretend to be happy to myself like I pretend to be happy in front of others. Sigh!

These few days, I feel uneasy most of the time. I pray that nothing bad is gonna happen.  I am tired already to face all this.  I really hope for the best. May Allah protect me and those who are closed to me especially my family. Aamiin.

Dear God, please give me strength. I believe in You.

Doa

Tuhanku, padaMu ku bersujud, kepadaMu ku meminta, bersihkan dan sucikanlah hatiku.  Jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersyukur di atas segala rahmat dan nikmatMu.  

Tuhanku, ampunilah dosa-dosa kedua ibubapaku. Kurniakanlah rahmat kepada mereka di atas jasa-jasa mereka memelihara aku dan adik-adikku sedari kecil.

Tuhanku, berilah kepada kami kebaikan di dunia dan akhirat, peliharalah kami dari azab api neraka. 

Tuhanku, permudahkanlah urusanku di dunia dan akhirat, serta permudahkanlah urusanku dengan hamba-hambaMu.

Doa (Zubir Ali)
Tuhanku
Dalam termanggu
Ku sebut nama-Mu
Biar susah sungguh
Mengingati Kau
Penuh seluruh

Tuhanku cahaya-Mu panas suci
Bagai kerdip lilin
Di kelam sunyi

Tuhanku
Aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing
Tuhanku
Pintu-Mu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling

Sunday, September 16, 2012

Hari Minggu Yang Hujan

Hajat di hati nak walk in the park pagi hari minggu ni, tapi bila bangun pagi rupanya hujan la plak.  Tak tau sejak pukui brapa hujan ni turun.  Haih! Rosak program.  Dah 2 minggu tk walk in the park ni.  Tapi tak apalah hujan rahmat... hari minggu pulak tu.. sambung tidoq! Tak juga, terus bangkit, sambung basuh apa yang patut (masuk mesin basuh la). Pastu mandi n breakfast. Tgok tv crita "Tutty Polkadot" best gak, crita komedi kisah kampung. Layanlah... Kalau rajin sat-sat lagi nk pi melawat si kecik Aufa di UK (haha Ulu Klang daaa)..

Oh! Sebelum tu awai pagi tadi ada missed call dari ayah aku 3 x (mcm mana aku blh tk dengaq, agaknya aku ingat bunyi alarm kot, sbb masa alarm bunyi gerak aku, mmg aku off).  Depa semua kt umah adik aku di Lumut (huhu..depa pi last minute, tk gtau aku pun, adik aku yg kt MINDEF jadi kepala). Aku pun tepon balik.  Ayah aku kata aku yang called tu yang dia called balik.. Errrkkk konpius aku.. hahaha.. 

16 September

16 September adalah hari ulangtahun Malaysia.  Bukan hari merdeka tetapi adalah hari di mana penubuhan Malaysia telah diisytiharkan yang telah diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 16 September 1963.  Maka pada hari ini genaplah penubuhan Malaysia ke-49 tahun.


WARTA
Aku bukan nak bercerita mengenai Hari Malaysia ini, tetapi adalah tarikh yang sama ini juga.  Di mana tarikh ini adalah merupakan tarikh keramat penubuhan Institut Sukan Negara (ISN) sebagai entiti badan berkanun. ISN telah lahir pada tanggal ini setahun yang lalu setelah aku dan ketuaku serta beberapa pegawai yang lain serta orang kanan KBS berhempas pulas untuk menyediakan rang undang-undang bagi menyediakan Akta ISN ini sejak penghujung tahun 2008.  Hampir tiga (3) tahun kami bersusah payah keluar kawasan semata-mata untuk menyediakan dan menyiapkan RUU ini untuk dibentangkan di Parlimen.  Akhirnya pada 7 Julai 2011, Parlimen telah meluluskan RUU penubuhan ISN ini. Berlinangan airmataku setelah mendengar perkenan ini. Seterusnya ianya telah diperkenankan oleh SPB Yang DiPertuan Agong pada Ogos 2011 sebelum ianya diwartakan pada 16 September 2011.  
Sijil Lahir aka Surat Beranak


Namun pada hari ini aku merasa terkilan kerana apa yang aku dan ketuaku serta seorang dua lagi pegawai yang bertungkus lumus selama ini tetapi pada tahun ini sebaliknya berlaku.  Aku amat terkilan dan sedih serta kecewa dengan apa yang telah terjadi ini.  Seolah-olah pengorbanan selama hampir tiga (3) tahun ini sia-sia dan tidak dihargai.  Aku tak mampu berkata apa-apa hanya Dia yang Maha Mengetahui betapa sukarnya menelan apa yang telah tersurat ini.  Bagi mereka yang sedar akan perkara ini, mereka juga merasa seperti mana yang aku rasakan ini.  Hanya kami sahaja yang mengetahui tetapi tidak bagi mereka yang merasakan bahawa mereka adalah betul, padahal hakikat sebenarnya adalah tidak.  Tak tau nak cakap apa lagi sebab dah mulai rasa sebak.
Harapan agar dengan kelahiran dan berdirinya ISN sebagai entiti tersendiri akan lebih mengukuhkan lagi kecemerlangan sukan negara.  Namun begitu apa yang dibimbangkan ialah sekiranya tiada perubahan dari segi mentaliti dan kualiti anggota kerja yang ada sekarang ini ia mungkin tidak akan ke mana.  Aku hanya mampu melihat.
SELAMAT HARI ULANGTAHUN YANG PERTAMA, ISN!!!


Saturday, September 15, 2012

Tempat Jatuh Lagi di Kenang

3 September 2012 bermulalah episod aku bertugas di tempat baru mengikuti bos aku yang telah ditukarkan ke sini dengan jawatan yang baru (setelah bermacam perkara berlaku sejak Mac 2012 dan aku sendiri menjadi bingung).  Selama 13 tahun 4 bulan aku di sana dengan pelbagai kenangan pahit manis yang ku alami  terutamanya kenangan pahit di 6 bulan terakhir.  Di mana pada ketika dan saat itu aku dapat menilai keikhlasan, kejujuran, keluhuran hati manusia yang selama ni berselindung di sebalik kebaikan.  Sungguh aku tidak akan pernah menerima insan-insan seperti ini lagi di dalam ruang lingkup hidupku.

Bagiku mereka ini tidak layak digelar kawan, sahabat, atau apa sahaja.  Bagi yang mempunyai 'title' tertentu, ianya tidak memberi apa-apa makna kerana tidak mencerminkan 'title' yang dipegang oleh mereka yang bagiku ianya amat suci bagi mereka yang benar-benar dengan suci hati menghargai 'title' berkenaan.

Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain, walaupun aku rasa berat hati untuk meninggalkan tempat ini, tetapi demi untuk suatu perubahan, aku relakan.  Aku rasa mungkin ada suatu hikmah terbaik dengan perpindahan ini, InsyaAllah.  Jika sebelum ini ada yang mengatakan aku mencari tempat (kononnya setelah bos aku diturunkan pangkat, maka aku tiada tempat kerana bos baru yang akan masuk akan bawa sekali pembantunya).  Bagi aku, aku tidak kisah kerana aku tahu tempat aku pasti ada. Ya, dan janjiNya adalah benar, tak perlu aku menagih untuk mencari tempat kerana tempat itu yang mencari aku.  Nah! sekarang siapa yang malu, aku atau kau? Haha.. Malah aku kini berada di puncak yang tinggi, lebih tinggi (bukanlah nk bangga diri) daripada insan ini yang berjalan di muka bumi ini dengan sombong bodoh (tak baikkan!). Hehe..

Aku memanjatkan syukur kerana diberi peluang untuk berada di tempat baru dan merasai perubahan.  Perubahan adalah perlu sekiranya kita ingin memotivasikan diri kita. Walaupun kita merasa sayang dan amat berat untuk meninggalkan tempat yang telah lama kita berada, tetapi demi untuk suatu perubahan kita perlu lakukan. Namun begitu, aku sendiri tidak pasti adakah perubahan ini untuk sementara atau kekal, kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui.   Jika sebaliknya berlaku, aku hanya mampu doakan agar mereka-mereka yang berkaitan diberi petunjuk, taufik dan hidayah olehNya di atas segala perbuatan mereka.

Kehidupan kita ini hanyalah persinggahan sementara, jadi penuhilah kehidupan ini dengan amalan yang baik-baik dan janganlah kita berlagak sombong di muka bumi ini seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya.  Akhirat itu adalah segala-galanya dan timbangan amal itu tetap akan ada.  Pada ketika itu tiada apa yang dapat membantu kita kecuali amalan di dunia yang kita kerjakan. Iman dan amal adalah kunci kejayaan dunia dan akhirat. Peringatan untuk diri sendiri juga.

Telah Lama Aku Pendamkan




Ini hanyalah sebahagian lirik-lirik lagu TEMAN PENGGANTI nyanyian Black Featuring Malique.  Aku suka pada korusnya dan yang rangkap akhir.  Hanyalah suka-suka hati sekadar menghayati baris-barisnya.  Hahaha....  Hidup tak selalunya indah, kadang-kadang hadir warna pelangi, kadang-kadang awam mendung berarak, mentari tetap muncul di kesiangan hari, namun kadangkala diliputi jerebu.  Hadirnya bulan dan bintang menyeri malam yang gelap gelita. Namun malam tetap kelam, tetapi di dalam kelam itu ada cahaya. Yang pasti  ku syukuri segala nikmat pemberianNya ini.


Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

c/o
 Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya kau cari teman pengganti


Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami


Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya kau cari teman pengganti