jasmine

jasmine

Nuffnang

Welcome

Welcome to White Jasmine/Selamat datang ke White Jasmine

Sunday, September 16, 2012

16 September

16 September adalah hari ulangtahun Malaysia.  Bukan hari merdeka tetapi adalah hari di mana penubuhan Malaysia telah diisytiharkan yang telah diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 16 September 1963.  Maka pada hari ini genaplah penubuhan Malaysia ke-49 tahun.


WARTA
Aku bukan nak bercerita mengenai Hari Malaysia ini, tetapi adalah tarikh yang sama ini juga.  Di mana tarikh ini adalah merupakan tarikh keramat penubuhan Institut Sukan Negara (ISN) sebagai entiti badan berkanun. ISN telah lahir pada tanggal ini setahun yang lalu setelah aku dan ketuaku serta beberapa pegawai yang lain serta orang kanan KBS berhempas pulas untuk menyediakan rang undang-undang bagi menyediakan Akta ISN ini sejak penghujung tahun 2008.  Hampir tiga (3) tahun kami bersusah payah keluar kawasan semata-mata untuk menyediakan dan menyiapkan RUU ini untuk dibentangkan di Parlimen.  Akhirnya pada 7 Julai 2011, Parlimen telah meluluskan RUU penubuhan ISN ini. Berlinangan airmataku setelah mendengar perkenan ini. Seterusnya ianya telah diperkenankan oleh SPB Yang DiPertuan Agong pada Ogos 2011 sebelum ianya diwartakan pada 16 September 2011.  
Sijil Lahir aka Surat Beranak


Namun pada hari ini aku merasa terkilan kerana apa yang aku dan ketuaku serta seorang dua lagi pegawai yang bertungkus lumus selama ini tetapi pada tahun ini sebaliknya berlaku.  Aku amat terkilan dan sedih serta kecewa dengan apa yang telah terjadi ini.  Seolah-olah pengorbanan selama hampir tiga (3) tahun ini sia-sia dan tidak dihargai.  Aku tak mampu berkata apa-apa hanya Dia yang Maha Mengetahui betapa sukarnya menelan apa yang telah tersurat ini.  Bagi mereka yang sedar akan perkara ini, mereka juga merasa seperti mana yang aku rasakan ini.  Hanya kami sahaja yang mengetahui tetapi tidak bagi mereka yang merasakan bahawa mereka adalah betul, padahal hakikat sebenarnya adalah tidak.  Tak tau nak cakap apa lagi sebab dah mulai rasa sebak.
Harapan agar dengan kelahiran dan berdirinya ISN sebagai entiti tersendiri akan lebih mengukuhkan lagi kecemerlangan sukan negara.  Namun begitu apa yang dibimbangkan ialah sekiranya tiada perubahan dari segi mentaliti dan kualiti anggota kerja yang ada sekarang ini ia mungkin tidak akan ke mana.  Aku hanya mampu melihat.
SELAMAT HARI ULANGTAHUN YANG PERTAMA, ISN!!!


No comments:

Post a Comment