3 September 2012 bermulalah episod aku bertugas di tempat baru mengikuti bos aku yang telah ditukarkan ke sini dengan jawatan yang baru (setelah bermacam perkara berlaku sejak Mac 2012 dan aku sendiri menjadi bingung). Selama 13 tahun 4 bulan aku di sana dengan pelbagai kenangan pahit manis yang ku alami terutamanya kenangan pahit di 6 bulan terakhir. Di mana pada ketika dan saat itu aku dapat menilai keikhlasan, kejujuran, keluhuran hati manusia yang selama ni berselindung di sebalik kebaikan. Sungguh aku tidak akan pernah menerima insan-insan seperti ini lagi di dalam ruang lingkup hidupku.
Bagiku mereka ini tidak layak digelar kawan, sahabat, atau apa sahaja. Bagi yang mempunyai 'title' tertentu, ianya tidak memberi apa-apa makna kerana tidak mencerminkan 'title' yang dipegang oleh mereka yang bagiku ianya amat suci bagi mereka yang benar-benar dengan suci hati menghargai 'title' berkenaan.
Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain, walaupun aku rasa berat hati untuk meninggalkan tempat ini, tetapi demi untuk suatu perubahan, aku relakan. Aku rasa mungkin ada suatu hikmah terbaik dengan perpindahan ini, InsyaAllah. Jika sebelum ini ada yang mengatakan aku mencari tempat (kononnya setelah bos aku diturunkan pangkat, maka aku tiada tempat kerana bos baru yang akan masuk akan bawa sekali pembantunya). Bagi aku, aku tidak kisah kerana aku tahu tempat aku pasti ada. Ya, dan janjiNya adalah benar, tak perlu aku menagih untuk mencari tempat kerana tempat itu yang mencari aku. Nah! sekarang siapa yang malu, aku atau kau? Haha.. Malah aku kini berada di puncak yang tinggi, lebih tinggi (bukanlah nk bangga diri) daripada insan ini yang berjalan di muka bumi ini dengan sombong bodoh (tak baikkan!). Hehe..
Aku memanjatkan syukur kerana diberi peluang untuk berada di tempat baru dan merasai perubahan. Perubahan adalah perlu sekiranya kita ingin memotivasikan diri kita. Walaupun kita merasa sayang dan amat berat untuk meninggalkan tempat yang telah lama kita berada, tetapi demi untuk suatu perubahan kita perlu lakukan. Namun begitu, aku sendiri tidak pasti adakah perubahan ini untuk sementara atau kekal, kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui. Jika sebaliknya berlaku, aku hanya mampu doakan agar mereka-mereka yang berkaitan diberi petunjuk, taufik dan hidayah olehNya di atas segala perbuatan mereka.
Kehidupan kita ini hanyalah persinggahan sementara, jadi penuhilah kehidupan ini dengan amalan yang baik-baik dan janganlah kita berlagak sombong di muka bumi ini seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya. Akhirat itu adalah segala-galanya dan timbangan amal itu tetap akan ada. Pada ketika itu tiada apa yang dapat membantu kita kecuali amalan di dunia yang kita kerjakan. Iman dan amal adalah kunci kejayaan dunia dan akhirat. Peringatan untuk diri sendiri juga.
No comments:
Post a Comment