jasmine

jasmine

Nuffnang

Welcome

Welcome to White Jasmine/Selamat datang ke White Jasmine

Friday, October 19, 2012

Islam Itu Indah

Rabu, 17 Oktober 2012- Malam ini entah macam mana aku boleh layan youtube talkshow Prof Dr Muhaya bersama IKIM yang tahun lepas punya.  Aku menghayati topik yang disampaikan beliau dan pada satu bahagian itu iaitu apabila ada seorang makcik yang membuat panggilan telefon dan menangis teresak-esak dengan mengatakan bahawa dia banyak berdosa kepada suaminya.  Malangnya dia tidak berkesempatan untuk meminta maaf dari suaminya kerana telah meninggal dunia.

Sesungguhnya apa yang disampaikan oleh Prof itu amat berguna dan penuh dengan ilmu dan aku sedikit sebanyak menyedari mengenai kemaafan.  Mulai saat itu, aku dengan ikhlas memaafkan dengan sepenuh hati insan-insan yang ada membuat kesilapan terutamanya dengan kata-kata dan tingkahlaku. Kemaafan dengan seikhlas hati akan membuat kita diterima olehNya di sana kelak.



Fikir baik, jadi baik, buat baik.  Ya, aku ingin jadi begitu. Aku harap aku dapat berbuat begitu. Subhanallah.. banyak yang aku perolehi.  Aku akan ulangi dengar lagi topik ini untuk membersihkan hati dan jiwa.  InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment