
Oleh kerana hari ini aku tak keja dan selepas menghantar my 2 sisters ke Pudu Sentral, singgah sebentar di BJ to meet my colleague. Then balik rumah, berpeluang menonton 5 Rencah 5 Rasa di TV3 dengan hostnya chef handsome, siapa lagi Sherson Lian la. Salah satu resepi dia hari ni ialah 'pavlova' dan aku tk tau asal dari mana makanan ni, tk sempat nk search lg. Nampak mcm sedap n best je. Tk sempat nk menyalin resepinya yg nampak simple dan mudah sangat. Bahan2 pun tk banyak. Jadi aku carilah dalam google search so, jumpa la yang ni yg ala2 lebih kurang la. Ni dari www.myresepi.com sumbangan Madam (tk tau la Madam apa). Jom kita cuba!
PAVLOVA
Bahan-bahan ( 2 adunan kecil )
- 4 biji putih telor ayam
- 3/4 cawan gula castor
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1/2 sudu teh cuka makan
- 1/2 sudu teh esen vanila
- bahan-bahan topping :
- Secawan @ 250 ml whipping cream
- hiasan : saya guna anggur n mangga
Cara-cara
- Sebelum menyiapkan adunan, sila panaskan oven terlebih dahulu dgn kadar kepanasan 140 darjah celsius.. guna api bawah
- Pastu bila nak start masak baru turunkan suhu antara 120 -100 darjah celsius.. saya guna suhu 110 darjah celsius
- Mula2, asingkan dulu putih telor dgn kuning telor.. kita ambik yg putih telor aje
- Kemudian, putar putih telor pada kelajuan tinggi terus dan pukul sampai putih telor tu gebu (nak tau dia soft peaks ke tak, bila korang telangkupkan mangkuk tu, putih telor tu takkan jatuh)
- Langkah seterusnya, dgn kelajuan tinggi jugak, kita masukkan gula kastor sedikit demi sedikit.. Jgn berhenti putar tau.. sambil masukkan gula sambil putar
- Putar sampai kental.. dlm keadaan mixer masih berputar, masukkan 1 sudu besar tepung jagung td ke dalam adunan tersebut.. putar lg 3 minit.. Hasil adunan atau pun lebih di kenali dgn " meringue"
- Dengan menggunakan spatula masukkan cuka dan esen vanila td
- Pastu kaup balikkan meringue tersebut sampai adunan sebati.. kaup balik dgn perlahan saje.. kalau boleh pusingan spatula tu satu arah je.
- Seterusnya sediakan dulang pembakar, lapikkan dgn kertas minyak.. dan tuang adunan td ke atasnya
- Make sure masa bentukkan adunan tu, jgn buat terlalu tebal atau terlalu nipis. Kalau boleh keliling dia lebih tinggi dr tengah.
- Pastu masukkan ke dlm oven, letak kat rak tengah2 dgn suhu antara 120 - 100 darjah celsius.. bakar selama 1 jam 15 minit bergantung pd jenis oven
- Bila dah cukup 1 jam 15 minit, jangan keluarkan pavlova tu dr oven.. biar jap sejuk dlm oven tu dgn keadaan pintu oven sedikit renggang bg elakkan pavlova tu merekah.
- Topping : Putar whipping cream dgn kelajuan tinggi, putar sampai kental.
- toppingkan krim di atas pavlova dan hiaslah dgn buah2an mengikut kreativiti anda..
No comments:
Post a Comment