jasmine

jasmine

Nuffnang

Welcome

Welcome to White Jasmine/Selamat datang ke White Jasmine

Sunday, December 20, 2009

BERCUTI





Ahad, 20 Dis - Nak bercuti ke Cameron Highlands. Inilah kali pertama aku menjejak kaki ke tanah tinggi ni walaupun dan 36 tahun aku kt Malaysia ni. Huhuhu.... malunya aku dengan warga luar yang dah sampai ke sini. Mcm mana la suasananya ya! Kita tengoklah nanti.

Jam 9.30 pagi aku dan 2 org adik ku bertolak dari rumah dan singgah di Carrefour membeli brg2 dapur untuk bekalan selama 3h 2mlm di CH. 10.30 pagi meneruskan perjalanan ke Simpang Pulai untuk berkumpul dengan ayah, emak, dan adik2 aku yang lain serta adik ipar dan anak buah.
Semasa dalam perjalanan selepas Tapah, ada satu kereta gila yang bawa mcm pelesit potong sebelah emergency lane... terkejut aku.. kalau aku ke kiri abis la... dah la dia laju gila.
Kami sampai di Simpang Pulai dalam ja 12.45 thari dan berjumpa dengan yang lain-lain di sana. Selepas itu kami singgah makan tengah hari di sebuah kedai di situ sebelum meneruskan perjalanan mendaki ke CH.
Setelah mengisi perut masing-masing, lebih kurang jam 2 ptg kami meneruskan perjalanan ke CH. Sungguh indah pemandangan di sepanjang perjalanan. Terdapat kaum orang-orang asli yang menjual buah-buahan dan sayuran sepanjang jalan. Petai pun ada. Ingat nak beli buat juadah di CH, tapi sampai akhirnya melepas.
Wow! Bila hampir tiba di puncak kami sudah merasai kesejukannya. Suasana dipenuhi kabus. Macam hujan la pulak. Alangkah seronoknya. Itulah ciptaan Yang Maha Esa yang sungguh menakjubkan.
Sampai di Brinchang lalulintas menjadi sesak di kedua-dua hala. Yang paling teruk ialah yang hendak turun, kerana hari tu ialah hari Ahad, jadi yang telah datang awal akan turun.
Kami amat teruja melihat pemandangan dan suasana di sana dan tak sabar-sabar untuk memulakan sesi lawatan kami.
Aku telah mendapatkan kunci apartment (Royal Lily) daripada pembantu Dr Ayyub di Pekan Tanah Rata. Rupanya apartment tu dekat pekan tu saja. Senanglah macam ni. Kami tiba di apartment berkenaan dalam jam 5.30 petang. Apartment pun boleh tahan juga. Semuanya fully furnish cuma bawa diri dan pakaian je. Tak payah pasang kipas. Buka pintu pun angin dah masuk, sejuk gila.
Lewat petang aku dan adik2ku keluar mencari bahan2 tambahan untuk makan malam. Kebetulan ada pasar jualan pada hari berkenaan berdekatan situ, dapatlah beli barang2 yang diperlukan. Selepas makan malam aku dan adik2ku dan adik iparku keluar ke pasar malam di Brinchang. Besar juga pasar tu. Pasar ni diadakan sepanjang bulan Disember. Aku beli jagung yang kata boleh terus makan. Suasana sejuk hingga ke tulang sum-sum.
Esoknya 21 Disember 2009, kami melawat ke ladang bunga2an dan sayuran. Banyak bunga-bunga dan pokok kaktus di sini begitu juga dengan sayuran. Kami berposing sakan di sini.
Selepas itu, kami bercadang untuk melihat ladang strawberi, tapi malangnya banyak yang telah habis dipetik, ialah kan musim cuti sekolah. Alangkah hampanya kami. Seterusnya kami terasa ingin melawat ke Kg Tmn Sedia di Tanah Rata. Patutlah terasa demikian, rupanya terdapat juga strawberi di situ. Jadi dapatlah merasa dan berposing memetik strawberi. Alhamdulillah, tak rugi, ialah kalau tak petik mcm tak sempurna percutian ke CH ni. Lama juga lah kat situ, sampai ayah aku terjumpa org2 dari utara.. kami pun tk kenal. Hai! sampai ke atas sana ada saja.
Selesai di KTS, kami mengisi perut di Restoran Nurkasih. Kemudian kami balik untuk solat.
Petangnya kami melawat ke ladang teh Bharat yang terletak berhampiran Ringlet (kalau melalui Tapah). Wow! Indahnya pemandangan di sini. Sekelilingnya berbukit-bukau menghijau dengan ladang teh. Inilah tempat yang aku cari seperti yang aku pernah lihat dalam magazine dan drama. Duduk lepak sambil minum teh di atas ladang dengan pemandangan yang sungguh indah. Kami tidak lepas peluang berposing sakan di sini. Ada yang ala-ala cerita hindustan.
Hampir dua jam juga kami di sana menikmati suasana yang penuh damai dan indah ini.
Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke pasar malam di Brinchang lagi. Membeli apa-apa yang patut kerana esok akan turun balik. Kesian anak buah aku, nak main permainan (funfair) di sana (nak naik apa tu yang buai pusing tu).
Balik ke apartment kami masak untuk mkn malam.
Selasa, 22 Disember- paginya selepas sarapan kami dah mula berkemas untuk turun balik. Jam 12.00 tengahari kami keluar dari apartment dan menyerahkan kunci kepada Dr Ayyub di kliniknya. Sebelum balik kami singgah membeli sayur-sayuran di Brinchang. Emak aku banyak juga memborong sayur. Selepas itu kami singgah di Ladang Bharat arah Simpang Pulai. Kami pekena teh tarik pula kat situ sambil membeli teh-teh sebagai buah tangan kepada saudara-mara dan rakan-rakan. Sempat juga lagi berposing di dalam ladang teh berkenaan. Semasa meneruskan perjalanan kami berhenti di tepi jalan untuk mengambil air tadahan bukit dan juga mengutip pokok2 bunga yang terdapat di tepi jalan berkenaan. Seterusnya meneruskan perjalanan, berhenti lagi kerana emak aku pening dan muntah. Teruskan perjalanan dan berhenti di gerai orang asli membeli durian, rebung dan petai. Kemudian singgah di sekolah berdekatan gerai berkenaan untuk membuang air kecil. Meneruskan perjalanan dan singgah di simpang pulai untuk makan. Selepas makan kami masing-masing mengikut haluan ke Perlis dan Kuala Lumpur. Aku dan adik-adikku tiba di KL ja 8.00 malam.
Inilah pengalaman pertama ke CH dan memang menyeronokkan. Aku bercadang untuk pergi lagi pada masa akan datang jika dimurahkan rezeki.



Tuesday, December 15, 2009

Akhirnya... Natrah




Sabtu, 12 Disember 2009 - Akhirnya tiba giliran aku dan rakanku menonton NATRAH. Wow! Alangkah seronoknya aku. Dapat tengok Remy secara live. Memang dia kacak dan murah dengan senyuman. Manalah ramai yang tak tergila-gilakan dia. Termasuklah yang baya2 aku ni dan aku sendiri pun akui. Bukan apa, memang dia berbakat besar. Setakat ini aku rasa memang dialah kot yang bakal menggantikan seniman tersohor tanahair iaitu Tan Sri P. Ramlee. Lakonan dia memang berkesan. Tapi sayangnya aku tak sempat bergambar dengan dia.

Tapi aku bersimpati dengan apa yang berlaku ke atasnya baru-baru ini. Itulah sifat manusia yang tidak berperikemanusiaan. Bila dah kaya sanggup buat apa saja pada orang lain. Aku harap Remy akan tabah dan sentiasa berhati-hati di dalam setiap tindak tanduknya. Dia masih muda dan boleh menggunakan peluang yang ada untuk melakukan sesuatu yang terbaik demi masa depannya. Kepada mereka yang telah menganiaya Remy, jangan lupa, sekarang memang anda berada di atas tetapi suatu hari nanti belum tahu apa akan terjadi. Tuhan Maha Berkuasa.

Tugas sebagai Tanggungjawab


Hai!!!!! Mcm mana nak layan orang-orang yang macam ni. Suka mengeluh, merungut bila buat keja. Sedangkan kita dibayar gaji, dan gaji itulah digunakan untuk makan, minum dan lain-lain. Tapi kalau buat kerja tak ikhlas mcm mana. Gaji yang dibayar itu adalah wang rakyat. Sepatutnya mereka ni perlu bertanggungjawab dan dedikasi di dalam menjalankan tugas. Bukannya mengharap dapat nama ke apa ke... Tak rasa bersalah ke kalau kerja sendiri orang lain yang buat? Bila buat kerja, kecoh je lebih, seolah-olah dia je yang banyak kerja. Orang mcm ni tak diambil bekerja pun bagus.

Friday, December 11, 2009

Nak buat mcm mana????


Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan,
Inginku lupakan
semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh ..bintangku

Jauh kau pergi
meninggalkan diriku
Disini aku merindukan dirimu
Kini ku coba mencari penggantimu
Namun tak lagi
kan seperti dirimu
Oh .Kekasih..


Sentimental la pulak! Hmmmm.. begitulah adat/lumrah kehidupan. Apa yang pasti biarlah sakit sekarang dari sakit kemudian hari. Apa-apa pun jgnlah kita (tidak kira lelaki atau perempuan) mengharap kepada sesuatu yang belum pasti. Belum tentu ianya menjadi hak kita. Sedangkan yang di dalam genggaman pun boleh terlepas.

Monday, December 7, 2009

Outing




Sabtu, 5 Dec 4pm, aku bersama 2 rakan-rakanku 'outing' ke KL.. Kawan sorang tu nak ke Pavilion nak tengok 'decoration' Krismas. Hahaaha.. dah lama tak ke KLCC (lalu je nak ke PC Fair kt KL Conv Ctr). 2 org rakanku itu telah terlebih dahulu tiba KLCC. Aku lewat sikit. Tiket Natrah punya pasal lah. So, dia orang dah tunggu aku kt PC Fair. Aku pun terus ke sana. Wah! Ramai juga manusia yang berminat dengan PC fair ni. Berduyun-duyun yang masuk, yang keluar pun tak kurang juga. Sampai sana masing-masing tanya lokasi. Rupa2nya salah info, jadi tak jumpa la... Aku dah naik pening, dah la memang sakit kepala hari tu... Sudahnya aku keluar dan tunggu dia orang kat luar. Tak tahan aku dengan orang yang penuh sesak. Ingat nak juga check out celcom broadband, tapi dah suasana pun macam ni, batal saja lah niat aku ni.
Aku pun tunggu dia orang kat luar. Mana lah bebudak dua orang ni...kata dah on the way out... tak nampa2 pun... hmmmmmm...

Pendekkan cerita bila dia orang dah keluar, kita orang pakat jalan ke Pavilion... Dalam sakit2 kepala ni aku gagahkan juga... nasib baik tak jauh. Ini kali pertama aku ke pavilion. Besar juga ye! Bila sampai aku ingat nak beli air mineral (lepas mkn tengah hari aku lupa minum air). So, singgah kat satu kiosk ni, dan ambil satu air dan bayar. Bila aku minum, aik! kenapa ada rasa, rupanya salah ambil air. Kahkah..
Kami terus berlegar ke luar, dan melihat hiasan krismas. Cantik, boleh tahan lah. Tapi siang tak berapa sangatlah cahayanya. Kami ke pintu masuk utama, wow! sungguh menarik dekorasinya. Ramai pengunjung yang mengambil gambar, termasuklah kita orang. Lama la juga posing kat situ especially kawanku yang sorang ni... Aku taklah banyak sangat berposing. Lagipun aku tak suka gambar sorang2 ni.

Tetiba ada 'dance show' pulak kt depan pintu masuk tu. Kita orang layan la. Bagus juga ni, menunjukkan budaya kita kepada pelancong luar. Yelah kat Pavilion tu aku tengok ramai rakyat asing. Ini salah satu cara memperkenalkan tarian kita kepada mereka. Syabas! Pavilion.

Lepas tengok tarian tu kita orang masuk posing di dalam pula dan lepak sekejap. Lepas tu kita orang pusing-pusing. Penat pusing-pusing, kita orang cari makan pula. Lastly, masuk Pepper Lunch (boleh tahan juga). Nanti aku upload menu aku ek. Kita orang pun enjoyed makan kat situ. Lepas makan perut dah kenyang, pusing-pusing lagi. Hampir jam 9pm kita orang pun beransur menuju ke stesyen monorel di Lot10 nak balik umah masing-masing lah. Sampai Hang Tuah kita orang tukar ke LRT pula.

Hari tu sampai umah adalah dalam 10.30pm. Tu pun member aku sorang ni ajak minum plak... aku dengan yang sorang lagi malas lah. Dah penat.

Ini lah kisah 'outing' aku yang dah lama tak 'outing' ni. Best gak. Walaupun aku tak suka suasana sesak.. tp sekali sekala ok lah layan.

Tiket Natrah


Sabtu, 05 Dis jam 10am aku terpacak kat IB untuk beli tiket pementasan Natrah. Malangnya dimaklumkan bahawa kaunter tiket hanya dibuka pada jam 2pm pada hari berkenaan. Masalahnya dalam web tercatat jam 9am-1pm untuk hari Sabtu. Bengangnya aku.. Kena datang lagi lah jam 2pm nanti. Ada jugalah beberapa orang macam aku pagi tu yang hampa.

2.30pm aku tiba di IB dan terus ke kaunter tiket. Hmmm.. nasib baik tak panjang 'q' nya. Alhamdulillah, dapatlah tiket untuk hari yang aku nak tonton, walaupun yang berharga RM50 tetapi seat pun di angle yang menarik - stall (atas cadangan kakitangan kaunter). Tiket mahal semuanya dah habis. WAhhhh! boleh tahan penangan NATRAH ni. Sekejap je pengumuman 'extension' tiket dah laris gila. Tak sia-sia Eirma Fatima mengarah teater ini. SYABAS kepada beliau.
Apa yang pasti, giliran aku menonton pada 12 Disember ini. Jom kita layan.

Friday, December 4, 2009

Pejabat


Bila bos outstation ni, aku mcm biasalah ingat nak buat spring cleaning kat meja dan sekitarnya yang memang tak nampak meja ni. Nampak kertas ja. Asal kemas, dalam 4,5 hari lepas tu penuh balik. Colleague aku yang lain tak mcm ni plak. Tp tak hairan la.. keja dia orang pun tak mcm aku. Aku semua kena buat hingga taraf senior officer, tp gaji mcm tu gak. Nak buat mcm mana, dah tanggungjawab.

Oklah, balik pada cerita asal... selama 3 minggu lebih bos outstation ni, aku nak clear meja yang berserabut ni dan buang apa yang patut. Kalau tidak aku pun berserabut mcm meja aku juga. Huhuhu...sampai bila tk tau la... Bila nk start? Minggu depan lah..

Hujan Lagi


Seperti pagi semalam, awal pagi ini pun hujan lagi. Jika semalam sebatang jalan di Chan Sow Lin ditenggelami air dan beberapa buah kereta telah terperangkap, mungkin hari ini situasi yang sama. Aku drive dengan penuh berhati-hati pagi tadi ke pejabat. Pemandu-pemandu lain pun boleh tahan juga berhati-hati. Tak jam kira ok lah tu...

Thursday, December 3, 2009

Facebook


Sejak ada Facebook (FB) ni... dapat jumpa kawan2 lama dari sekolah rendah hinggalah ke universiti. Alangkah seronoknya...dapat bertemu kembali... mcm jejak kasih pulak... Bagus juga fb ni... menemukan yang terpisah. Menambahkan networking... Tp fb ni ada juga yang tak baiknya.. bukan fb tu yang tak baik.. tp user fb tu sendiri.. Ada di antara mereka ni yang menggunakan fb ni untuk kutuk mengutuk, umpat mengumpat dll lagi yang tak sepatutnya. Ni dah kira abuse dah ni.. Wahai kawan2 sekelian, gunalah fb secara berhemah.. dan lagi satu masa kerja jangan lah asyik dgn fb je.. buat kerja dulu. Kita dibayar gaji untuk buat keja bukan berchatting atau layan fb.. Bila free nak buat apa pun buat la..

tak gitu?

Teater Natrah


Hmmmmm... menarik juga ni... dengar cerita best teater ni... Rasanya macam nak pegi tengok.. Ada ke sapa2 yang nak join aku ni? Sorang pun sorang la... Mesti tengok coz Remy yang acting... minat giler tuh... Entahlah sejak2 cerita Nur Kasih tu, aku minat sangat kat si Remy ni... memang lelaki melayu sejati lah ni.. Handsome plak tu... Dia ada bakat untuk pegi lebih jauh ni... Rosyam pun kalah dah...... dah mcm kena angau la plak aku ni... hehehehe... Apa-apa pun all the best to him in d glamour world. Jangan overacting sudah lah dan pandai-pandailah jaga tingkah laku.
Back to me, bila aku nak pi tengok ni....? Weekend la kot.. hari biasa kat area tu jam. Kalau aku pi tengok teater ni.. aku akan cerita la kat sini...

Hujan di Pagi Hari

Khamis, 03 Disember - Hmmm... awal pagi lagi dah hujan. Adalah dalam jam 5 pagi. Lebat pulak tu.. Masa nak keluar kerja pun masih hujan lagi tp tak lah lebat sangat... Untunglah jalan yang aku lalui hari-hari ke pejabat tak sesak. Biasanya kalau hujan ni jalan pun mulalah sesak coz pemandu2 semua berhati2 masa hujan ni.
Kalau hari cuti ni alamatnya tak bangun tidur lagi la... Subuh pun terbabas ni, tarik selimut je lah.. hehehe..

Tuesday, December 1, 2009