jasmine

jasmine

Nuffnang

Welcome

Welcome to White Jasmine/Selamat datang ke White Jasmine

Friday, November 30, 2012

Manfaat Solat di Awal Waktu

Rahsia solat di awal waktu berkaitan tenaga dan warna alam.
Artikel ini dipetik dari luvislam92.blogspot.com.  Marilah sama-sama hayatinya dan jadikan panduan untuk diikuti agar kita lebih sensitif terhadap waktu solat untuk amalan harian agar mendapat syafaatNya.  Wallahu'alam.

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar, rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu…). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la.) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya. Semua yg terdapat di alam ini adalah untuk manfaat segala makhluk2 nya.

luvislam92.blogspot.com melalui artikel dari : http://berita-harian-online.com

Tuesday, November 27, 2012

Anak Palestine

Secara tiba-tiba suapan ku terhenti apabila Buletin Utama memaparkan video Gaza di mana seorang kanak-kanak lelaki dikeluarkan dari timbunan runtuhan.  Aku jadi hiba dan sebak, air mata mengalir tidak tertahan.  Aku bayangkan keadaan kanak-kanak berkenaan semasa kejadian.  Tersentap rasa hati.  Tidak dapat ku teruskan suapan berikutnya.  Aku terlalu sedih. Apalah kesalahan kanak-kanak malang itu sehingga menjadi mangsa keganasan zionis laknatullah itu.  Sesungguhnya beliau telah menjadi mangsa kekejaman, umurnya tidak panjang untuk meneroka bumi Allah ini.  Yang pasti beliau telah menjadi anak syurga.  Beruntung ibu bapanya. Aku pula sedang cuba mengagahi untuk menghabiskan makanan ku ini.  Apalah yang mereka sedang makan, cukupkah makanan mereka?

Wahai anak Palestine,
Jasadmu terkulai bersama runtuhan
Engkau menjadi mangsa
kerakusan zionis laknatullah


engkau masih mentah 
untuk memahami erti kehidupan
kegembiraanmu telah diragut
umurmu tidak panjang

Engkau anak suci
pemergianmu ditangisi
ayahbondamu kehilangan 
anak kecil yang tidak berdosa 

Aku terpanggil lagi untuk mencipta bait-bait di atas yang ku tujukan kepada anak-anak Palestine yang telah terkorban.  Apalah nasib mereka dalam usia yang sebegitu mentah telah menjadi mangsa kekejaman zionis binatang ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kita tidak merasa secara nyata apa yang mereka rasa dan lalui.  Seharusnya kita menginsafi dan mengingati kekuasaanNya agar kita tidak leka.  Bantulah mereka dengan memohon dariNya untuk melindungi mereka dari kekejaman ini.  Dan marilah menyumbang dari segi material dan kewangan bagi meringankan bebanan mereka. Sesungguhnya Allah swt mengasihi hamba-hambaNya yang membantu saudara-saudara seagama.  



Photo: images google search

Sunday, November 25, 2012

Untukmu Palestine


Puisi/sajak tak tau la mana satu, cubaan pertama setelah lama tidak berpuitis. Rekaan sendiri tanpa ciplak mana, idea datang dalam sekelip mata (tk sampai 1/2 jam siap). Macam tak percaya. Bait-bait ini ku tujukan khas untuk rakyat Gaza.  Semoga kebebasan dan keharmonian menjadi hakmilik mutlak mereka. Dan semoga Allah swt memberi balasan setimpal kepada zionis laknatullah yang menzalimi mereka seperti mana yang tertulis di dalam Surah An-Nisaa' ayat 4-8.

Untukmu Palestine
Setiap darah yang mengalir
demi maruah agama dan bangsa
untuk mempertahankan tanahmu

Untukmu Palestine
anak-anak kecil kehilangan
kehilangan ibu, bapa dan keluarga
terbunuh dan dibunuh kejam

Untukmu Palestine
Para pahlawanmu syahid
demi kedaulatan agama
dalam menegakkan keadilan

Untukmu Palestine
Masjidil Aqsa terus dipertahankan
Kebebasan dan hak dituntut
Demi Islam yang satu

Untukmu Palestine
Kami sentiasa bersamamu
Menadah tangan memohon keamanan
Semoga kemenangan dan kebebasan 
menjadi milikmu yang mutlak

Errr.... ok ke??? Ok la kot.. Tak boleh lebih-lebih, kang aku menangis sorang-sorang plak terkenangkan saudara-saudara di Palestine dan mana-mana negara Islam yang sedang bergolak.
Saya telah menunaikan kewajipan saya dengan menderma kepada Aman Palestin dan Viva Palestina Malaysia, tetapi tidaklah banyak mana pun.  Anda bagaimana?
Semoga Allah swt melindungi mereka.  

Saturday, November 24, 2012

Bagaimana Menjadi Jutawan Dari Al-Quran

Assalamualaikum wbt.


Artikel ini saya petik dari webblog.myjodoh.net tiada pindaan dan adalah salinan sepenuhnya.  Semoga tip-tip ini memberi manfaat kepada kita semua.  Selamat membaca dan mengamalkan untuk kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.

8*8*8*8*8*8*8*8*8*8*8*8*8



Tip-tip Bagaimana Menjadi Jutawan Daripada Al-Quran
Tip-tip Bagaimana Menjadi Jutawan Internet Daripada Al-Quran

Mahmud Ibn Labid r.a. pernah berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda, “Dua perkara yang tidak disenangi oleh anak Adam. Mati, padahal mati itu adalah lebih baik dari dugaan (kesesatan). Harta yang sedikit, padahal harta yang sedikit meringankan hisab. [1]
Namun sekiranya anda ingin juga menjadi seorang jutawan, Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah An-Nuur ayat 37 hingga 38, “(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”
“(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.”
Bermaksud, dengan mengingati Allah, mendirikan solat, memberi zakat dan sedekah, takutkan hari kiamat kerana akan diadili, seseorang itu akan mendapat limpah kurnia Allah dan pembalasan yang paling baik. Allah sesungguhnya satu-satunya sumber segala rezeki dan Dia akan menambahkan kurniaNya kepada hamba yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas.
Kajilah Al-Quran dengan sebenarnya-benarnya, kerana tips untuk menjadi jutawan banyak terdapat di dalam Al-Quran. Terjemahan Al-Quran bermodalkan RM20 di pasaran. Menurut Abu Said r.a., Allah berfirman di dalam sebuah hadith qudsi, “Sesiapa yang disibukkan oleh Al-Quran daripada berzikir dan meminta kepadaKu, maka Aku akan memberikan kepadanya sesuatu yang lebih utama daripada diberikan kepada orang yang meminta kepadaKu” [2]
Sekiranya anda bukan berniat untuk menjadi jutawan, tetapi sekadar ingin hidup sederhana, beribadat kepada Allah. Serta dalam masa yang sama tidak mahu mempunyai bebanan hutang dan dikurniakan kecukupan dalam semua perkara, amalkan membaca Surah Al-Waqiah setiap malam. Menurut Ibnu Mas’ud, Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, ia tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya.”[3]
Sekiranya anda sekarang berada di dalam keadaan terdesak, ditimpa kesusahan, memerlukan “fast-cash” untuk sesuatu perkara mustahak, maka ikutlah petua Rasulullah s.a.w. Di dalam sebuah hadith yang diriwayat oleh Huzaifah r.a., apabila Rasulullah s.a.w mengalami kesulitan, beliau akan segera mengerjakan solat.[4] Solat yang dimaksudkan adalah solat sunat. Ini adalah selaras dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 45, “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”.
Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah Taha.[5]Firman Allah di dalam ayat berkenaan, “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”
Kebanyakkan yang mengamalkan tip ini mendapat kemurahan rezeki yang luas dan “low profile”. Mereka tidak terburu-buru dan tergesa-gesa dalam mengejar kesenangan. Kebanyakkan mereka akhirnya menjadi komited dalam beribadat atau melakukan aktiviti dakwah. Mereka hanya melakukan sedikit pekerjaan dunia, namun kurnia yang diperolehi melebihi apa yang mereka kerjakan.
Wallahu’alam.
[1] Jami-ul-Saghir (Terjemahan H. Nadjih Ahjad),Imam Suyuthi, PT Bina Ilmu, Jakarta, 2003; Riwayat Ahmad, hadith #166.
[2] Muntakhab Ahadits (terjemahan Muhammad Qasim at Timori), Maulana Muhammad Yussuf Al-Khandalawi, Pustaka Ramadhan, Bandung, Indonesia, 2004; Riwayat Tirmizi, ms327
[3] Jami-ul-Saghir, op. cit.; Riwayat Baihaqi, hadith #8942, menurut Imam Suyuthi berstatus daif.
[4] Muntakhab Ahadits, op. cit.; ms 244
[5] Ibid.

8*8*8*8*8*8*8*8*8*8*8*


Jika berkesempatan layarilah sumber berkenaan dan lihatlah komen-komen yang diberi di bawah artikel berkenaan.

Wednesday, November 14, 2012

Durian Crepe



Resepi DURIAN CREPE (Cr to MyResipi.com - Mrs Fendy)

Bahan-bahan ( 30 bantal )

250gm tepung gandum
2 biji telur
500ml santan
1/2 sudu teh garam
Pewarna (ikut suka nak warna apa)

Filling**
1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
Isi Durian yg telah dilenyek.

Cara-cara

Campur semua bahan kemudian blender dan tapis.
Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil.
Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.
Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah,lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk.



SELAMAT MENCUBA!!!


Saturday, November 10, 2012

Jalan-Jalan

Mohd Haziq Danish yang nakal di JJ
Wednesday, Oct 31 about 8.30 pm my 2 sisters and my nephew arrived at UTC.  Aku dengan adik aku Yusri pi jemput dia orang.  Aku yang suruh dia orang mai KL sekali dengan ayah aku, tapi ayah cheq dok sibok dgn sawah bendang dia.  So, dia kata lepas sembur racun and masukkan air baru dia boleh mai.  Makanya hanya my 2 sisters and nephew yang mai dulu.  Ayah cheq mai kemudian.

IOI MALL
Khamis, 1 Nov, malam kami merayap ke sini saja jalan2 and nak beli sushi. Masuk Popular Book Store and Jusco. Keluar dari situ kita orang terus ke UTC untuk jemput Ayah aku dan adik aku Hafiz yang sampai jam 12.30 pagi di UTC (bertolak dri Perlis jam 4.00ptg).  Kami semua pi jemput dia orang.

MASJID SULTAN MIZAN, PUTRAJAYA
Aku cuti hari Jumaat sempena kedatangan dia orang.  Aku bawa ayah aku dan adik aku Hafiz sembahyang Jumaat di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya.  Sementara dia orang sembahyang, aku singgah ofis untuk ambil paspot dan dokumen bos aku untuk pass kepada Nishel bagi tujuan permohonan visa Kanada.

Selesai dia orang sembahyang aku pi jemput di depan masjid.  Huhuu.. wrong timing, sesak sebab masing-masing keluar dari masjid.  Nak suruh dia orang keluar ke depan PjH kot dia orang tk tau, jadi terpaksa la bersesak juga ikut depan masjid tu.  Lepas ambik depa, singgah sekejap kt pasar tani berdekatan.  Hujan la plak.  Beli la apa yang patut.  Then pi kat bus stop sebelah KBS tunggu Nishel untuk pas dokumen visa (hujan lebat seh). 

BANTING/KLIA/LCCT/MASJID KLIA
Terus ke Banting, ke rumah sepupu kita orang.  Saja nak melawat dia yang bekerja dengan MAB.  Dia ajak pi rumah mak angkat dia dan makan di situ.  Dekat ja dengan rumah dia (lupa plak nak ambik gambar kenangan). On the way ke sana hujan lebat gila kt Dengkil.  Redah ja la.  Sampai dekat area Kota Warisan ke atas tak hujan plak, begitu juga dengan tempat dia.  Sepupuku datang ambil kat simpang Tmn Kuala Langat dan terus ke rumah mak angkatnya.  Anak buahku (Danish) tido dlm keta.  Masa kejut dia bangun, nangis la plak.  Tk berenti plak tu sampai dalam umah.  Sudahnya bawa dia ke playground kt taman tu yang hanya depan umah, hujan rintik2 la plak. Dok kt playground tu and tengok aircraft take off.   Mak angkat dia single parent, hubby passed away.  Depa masak lontong and mee goreng. Huhu.. ingatkan nasi.  Mak angkat dia kata sepupuku yang requests.  Errkkk.. Ayahku sure makan sikit, sbb biasanya dia prefer nasi la lepas Jumaat. Tapi makan juga la.  Depa makan dulu sementara aku menemani Danish kt playground.  Aunty tu pun join skali dan kami borak2. 

Masa berhenti kt Masjid KLIA
Lbh kurang jam 4.45 ptg kami gerak dari rumah aunty.  Ingat nak terus balik, tapi pusing plak ke KLIA saja bawa Danish tengok aircraft, pastu ke LCCT plak.  Then singgah kat Masjid KLIA, ayah aku gan adik aku nk sembahyang asar.  Sampai rumah salam 7 lebih.  Terus masak utk makan malam kerana malam tu kami nak ke I-City plak. (Sepanjang perjalanan balik dari Sepang, si Danish tak habis2 dok merengek 'nak pi main salji').  Hoho..


I-CITY
Brrrrrr.....
Kami gerak ke I-city lbh krg jam 9 malam kami bergerak ke I-City di Shah Alam.  Ok la tak la sesak sangat nak masuk ke dalam tu.  Kami terus ke parking.  Wah! dah banyak permainan kt dalam ni. Ada Giant Wheel dan lain-lain. Then kami beli tiket masuk ke Snow Walk.  Laaaa dh naik rega dari RM25 (tahun lepas Jan) ke RM35.  Sudahnya dia orang bagi kad (1 kad) untuk diskaun RM5 bagi setiap orang.  Semuanya tujuh (7) orang, Danish murah skit, RM20.  Dapat tiket kami terus masuk dan ambil/sewa apa yang patut.  Masuk dalam dan Danish main apa yang patut, ambik gambar, yang terjelepok pun ada, licin.  Tp mcm tk best la skit, tahun lepas aku pi mcm best skit dan tk la licin mcm skrg. Kami berada dalam tu hampir sejam, dan keluar bila masing2 dah tak tahan kesejukan.


Kami ke Spacewalk plak dan ayah aku belanja Danish naik, aku plak terpaksa ikut naik sebab tak ada sapa-sapa yang nak naik.  Wah! Macam wonderland la plak.  Pengembaraan ke dunia bercahaya.  Boleh tahan.  Tapi yang tak bestnya di sini, setiap permainan perlu beli tiket, bukan bayar sekaligus macam di Theme Park GH.  Tengok jam dah 12am lebih, kami pun gerak balik.  Sampai rumah jam 1am lbh.  Masing2 dah longlai, dan tak lama dia orang pun lolap.  Aku plak tido jam 3 am++ (siap masak nasi untuk buat breakfast nasi goreng paginya).

BJ PARK
Sabtu, dah bagitau depa nak pi BJ Park sebelah pagi untuk bawa Danish bagi makan ikan2 di situ dan jalan2 dalamnya.  Aku dah siap buat nasi goreng, tapi depa ada yang bangun dan tidoq balik, hahaha... letih ke I-City la tu.  Su Ping pun dah janji nak join.  Sudahnya kami tak jadi pi coz masing-masing letih.  Aku pun tertidoq balik.  Kul 9.30am baru la ada yang bangkit, dh lewat, hari pun panas.

2 Minah senget!
Kami ke BJ Park lewat petang, coz sebelumnya hujan lebat. Jam la plak kt Kinrara-Sg. Besi Bypass, ada lori rosak.  Tiba BJ Park dah nak gelap walaupun jarak hanya 10 minit kalau tk jam.  Ikan plak hujan2 ni tak nak timbul.  Tapi ada la juga, so Danish pun baling la roti kt ikan-ikan ni.  Jam 7pm kami gerak balik.  Hanya kita orang dan 2, 3 orang ja yang ada kt situ.

PASAR MALAM JALAN TAR
Lauk tengah hari masih ada, nasi pun dah siap masak.  So makan, then dalam jam 9pm kami gerak ke Dataran Merdeka, park kat situ (hujan renyai la plak).  Jalan ke pasar malam, dah ada yang tutup dah pun.  Terus ke Muaz dan dia orang borong tudung.  Aku ambik sehelai untuk bagi Makngah T.

Lepas tu kami ke LRT Masjid Jamek untuk bagi Danish and DikPik naik train (saja bagi Danish naik).  Dia ni pantang sebut keretapi mesti nak naik. Depa akan turun di BJ Station. Adik aku Yusri pi ambik kereta dan tunggu depan BJ Station.  Kami gerak ke BJ, sampai tepat masanya bila dia orang pun baru turun dari train.

GENTING SEMPAH (GS)/GENTING HIGHLAND (GH)
Ahad, hari ni nak hantar adik aku Hafiz ke Genting Sempah kerana dia akan jumpa kawan dia di situ dan mereka akan bergerak ke Lumut.  Dia berkursus di Lumut selama 3 bulan.
Kami gerak dari rumah jam 10.30 pagi dan singgah sekejap di Jalan TAR, ke kedai Buku Pustaka Mukmin dan kedai Bunga Reben untuk adik2 pempuan aku tengok barang-barang jahitan dan lain-lain disitu. Jam 12.30 tengah hari kami gerak ke GS melalui DUKE. Hujan di beberapa tempat, ada lebat, ada renyai. Tak lama selepas kami tiba, kawan adik Hafiz ku sampai. Selepas masing-masing melepaskan hajat dan beli apa yang patut serta berborak dengan kawan adik aku, kami pun gerak ke destinasi masing-masing dengan jalan yang sama (terpisah di Gohtong).  Kami naik ke GH.  Cuaca mendung dan hujan pada kawasan tertentu. Seram juga.  First time naik dengan NCH ni, tu pun adik aku Yusri yang drive, harapkan aku, hmmm tk naik la.  Aku rela naik CH dari GH. GH guna kancil ja aku blh sampai. Kt GH ni risau gak bila hari hujan, jalan licin, tu tk berani tu.

Pak Din n anak2 gadisnya
Danish - 1st attempt
Melewati Theme Park itu Danish sudah nampak train la, apa lagi, "nak naik keretapi" sepanjang nak ke tempat parking.  Sudahnya tujuan yang hanya nak naik lepak2, ditambah dengan masuk ke TP.  Hahaha.. bapanya  (adik cheq la) yang belanja semua.  Sib baik dapat diskaun guna kad tentera dia, so dapatlah 30% dari RM50 sorang, huhuhu.. Aku rasa ni kali kedua kot aku masuk sini.  Mula-mula dulu masa sekolah (tingkatan 2 ka 3 tak ingat atau darjah 6).


Ground train
Dah masuk then main apa yang patut esp yang si Danish nak naik. Kita orang pun tumpang sekaki, dan hanya sempat naik train (ground), train yang atas (lupa la plak nama) then giant wheel (seram  gak bila kt atas skali).  Yang lain tek sempat coz kejap2 hujan dan dah tutup (6pm).  Bergambar sana sini.  


Dlm train yg gerak atas
Dlm Giant Wheel
Jam 6.30 pm kita orang gerak turun.  Smpai rumah dah dekat 8.30.  Terus masak dan dia orang makan (lapau giler, kt GH juz makan yang simple je). Abih nasi seperiuk, kena masak lg utk aku. hahaa.. 

Kul 11.30 pm kita orang gerak ke UTC untuk hantar dia orang balik.  Bas jam 12.30am.  Tp tiba lewat dlm jam 1.00am+, ngantuknya aku.  Lepas dia orang naik bas aku balik dlm ngong ngeng, takut gak pepagi bw keta sorg2 ni.  Adik aku Yusri plak terus balik ke mes dia. Fuh!!!! Selamat sampai umah..

Itu lah story jalan-jalan sempena family aku datang. Enjoy jalan2.  Pastu back to work... huhuhu... Boring...

AidilAdha 2012/1433H

Khamis, 25 Okt aku balik kampung bersama-sama adik2 aku, Yusri dan Iedzuan (Dikwan).  Dikwan datang dari Lumut naik bas 8.15 pagi ke KL.  Sampai lebih kurang jam 12 thari then dia turun kt LRT BJ.  Ambik dia dan ke Citibank untuk bayar credit card then ke Wisma Perwira Bukit Keramat ambik adik lg sorang (Yusri).  Ke Petronas Setiawangsa untuk reload TnGo then terus jalan ikut DUKE.

Mengalami kesesakan juga di sana sini. Jam 11.30 mlm baru sampai rumah. Lebih kurang 2.30 la masa tambahan di highway. Aku jadi 'mam' kat belakang, hehe relax tak yah jadi pilot.  Dah ada 2 orang co-pilot.

10 Zulhijjah, kami pi sembahyang raya di Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis. Raya Haji pertama ni hanya kita orang yang bujang2 je beraya dengan ayah kecuali yang bujang kat Kuantan belum sampai lagi.  Kita orang upah Wa buat ketupat 1 1/2 dan adik aku masak gulai daging. Lepas Jumaat ke umah makcik aku dia buat korban, so kami semua ke rumah dia.  Lepas makan kami ke kubur tok aku untuk terangkan semak samun. 

11 Zulhijjah, aku cuci kereta. Aktiviti menjala pula oleh Yusri.  Aku dengan Anis jadi mangsa siang ikan, ikan puyu besaq2 juga, hadoiii sakit tangan. Thari adik aku dan family dia yang kt Lumut sampai kecuali yang Kuantan blm sampai lg.  Dia smpai lewat petang. 

Hari ni Wa aku plak buat korban so tk payah masak, lagi sekali menjamu selera menu daging. Jam 5 lebih kami terus ke Padang Besar plak dari Felda Chuping.  Ramai juga orang.

12 Zulhijjah, kat umah buat sup tulang...daging lagi.... Jam 11.30 pagi aku dan adik aku Yusri bertolak balik ke KL... Hahahahadooooiiiiii... Kami terperangkap dalam jem 12 jam sepanjang jalan. Untuk elak jam kami masuk Taiping melalui Changkat Jering, Sg Siput dan keluar Ipoh Selatan, jem juga.  Aku sampai omah lagi 10 minit kul 12 tgah malam.  Hua hua hua..

Sudahnya aku dapat demam hari ni (30 Okt), malam tadi pun dapat daging lagi dan sup lagi Kak Izan bagi, Uda tolong pi ambik on d way dia nak mai umah ambik mempelam. Makan lagi.. tu yang tambah naik suhu badan tu...

Terlebih Rajin

Hari ni, Sabtu, 10 Nov 2012, lepas sembahyang Subuh (subuh gajah) aku prepare breakfast untuk acara biasa dengan kawan2ku di BJ Park.  Hari ni aku prepare roti arab gan kari.  Hahaha.. boleh la walaupun tk berapa nk expert. Resepi ni dari Chef Ammar.  Aku tak kira sukatan pun, hentam saja.  Doh aku siapkan malam tadi supaya dia kembang sikit dan pagi terus masak je.  Aku buat 4 doh je, untuk empat keping.  Tapi, alamak! Kari aku terhangus sikit, sbb lambat boh air.  Kuah kari ja, tak ada dal and kentang.. hentam juga la.. santan pun tk boh, kari sihat la katakan. Roti dalam gambar kt bwh ni yg aku buat sebulan dulu.  Yang aku buat pagi ni lupa plak nk capture. Tapi lebih kurang mcm ni la. Huhu..

Aku tiba lewat sikit kt park, lebih kurang jam 9.00 pagi, haha dia orang dah siap lepak dah, dan dah main badminton and work up.  Aku sorang2 la berjogging and slow walk then work up sikit-skit. Lepas tu kita orang breakfast sambil berborak.  Cerita biasa.  Jam hampir 12 thari kita orang beransur balik. Aku singgah ke Giant untuk membeli beberapa keperluan dapur dan terfikir nak buat laksa (tadi pun dh bgtau dia orang yg aku nk buat laksa, untuk sndiri la, tak ajak dia orang pun).  Jadi terus beli ikan kembung.

Sampai rumah (dah 1.45pm) buat dulu apa yang patut, cuci pinggan mangkuk, sapu sampah (sampah ni mai dari mana pun tk tau, sat2 ada). Hujan plak, sblm tu angin kuat. Huh! KL hujan dulu baru mai tempat aku. Biasa la sini, tengah hari atau petang hujan. Then prepare bahan-bahan untuk laksa (rebus cili kering, rebus ikan, rebus laksa). Pastu aku mandi dan sembahyang Zohor.  Lepas sembahyang terus buat kuah laksa dan apa yang patut.

Dah siap dah! Jom makan.... Buat sendiri, makan sendiri.  Hahaa..