jasmine

jasmine

Nuffnang

Welcome

Welcome to White Jasmine/Selamat datang ke White Jasmine

Saturday, November 10, 2012

Jalan-Jalan

Mohd Haziq Danish yang nakal di JJ
Wednesday, Oct 31 about 8.30 pm my 2 sisters and my nephew arrived at UTC.  Aku dengan adik aku Yusri pi jemput dia orang.  Aku yang suruh dia orang mai KL sekali dengan ayah aku, tapi ayah cheq dok sibok dgn sawah bendang dia.  So, dia kata lepas sembur racun and masukkan air baru dia boleh mai.  Makanya hanya my 2 sisters and nephew yang mai dulu.  Ayah cheq mai kemudian.

IOI MALL
Khamis, 1 Nov, malam kami merayap ke sini saja jalan2 and nak beli sushi. Masuk Popular Book Store and Jusco. Keluar dari situ kita orang terus ke UTC untuk jemput Ayah aku dan adik aku Hafiz yang sampai jam 12.30 pagi di UTC (bertolak dri Perlis jam 4.00ptg).  Kami semua pi jemput dia orang.

MASJID SULTAN MIZAN, PUTRAJAYA
Aku cuti hari Jumaat sempena kedatangan dia orang.  Aku bawa ayah aku dan adik aku Hafiz sembahyang Jumaat di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya.  Sementara dia orang sembahyang, aku singgah ofis untuk ambil paspot dan dokumen bos aku untuk pass kepada Nishel bagi tujuan permohonan visa Kanada.

Selesai dia orang sembahyang aku pi jemput di depan masjid.  Huhuu.. wrong timing, sesak sebab masing-masing keluar dari masjid.  Nak suruh dia orang keluar ke depan PjH kot dia orang tk tau, jadi terpaksa la bersesak juga ikut depan masjid tu.  Lepas ambik depa, singgah sekejap kt pasar tani berdekatan.  Hujan la plak.  Beli la apa yang patut.  Then pi kat bus stop sebelah KBS tunggu Nishel untuk pas dokumen visa (hujan lebat seh). 

BANTING/KLIA/LCCT/MASJID KLIA
Terus ke Banting, ke rumah sepupu kita orang.  Saja nak melawat dia yang bekerja dengan MAB.  Dia ajak pi rumah mak angkat dia dan makan di situ.  Dekat ja dengan rumah dia (lupa plak nak ambik gambar kenangan). On the way ke sana hujan lebat gila kt Dengkil.  Redah ja la.  Sampai dekat area Kota Warisan ke atas tak hujan plak, begitu juga dengan tempat dia.  Sepupuku datang ambil kat simpang Tmn Kuala Langat dan terus ke rumah mak angkatnya.  Anak buahku (Danish) tido dlm keta.  Masa kejut dia bangun, nangis la plak.  Tk berenti plak tu sampai dalam umah.  Sudahnya bawa dia ke playground kt taman tu yang hanya depan umah, hujan rintik2 la plak. Dok kt playground tu and tengok aircraft take off.   Mak angkat dia single parent, hubby passed away.  Depa masak lontong and mee goreng. Huhu.. ingatkan nasi.  Mak angkat dia kata sepupuku yang requests.  Errkkk.. Ayahku sure makan sikit, sbb biasanya dia prefer nasi la lepas Jumaat. Tapi makan juga la.  Depa makan dulu sementara aku menemani Danish kt playground.  Aunty tu pun join skali dan kami borak2. 

Masa berhenti kt Masjid KLIA
Lbh kurang jam 4.45 ptg kami gerak dari rumah aunty.  Ingat nak terus balik, tapi pusing plak ke KLIA saja bawa Danish tengok aircraft, pastu ke LCCT plak.  Then singgah kat Masjid KLIA, ayah aku gan adik aku nk sembahyang asar.  Sampai rumah salam 7 lebih.  Terus masak utk makan malam kerana malam tu kami nak ke I-City plak. (Sepanjang perjalanan balik dari Sepang, si Danish tak habis2 dok merengek 'nak pi main salji').  Hoho..


I-CITY
Brrrrrr.....
Kami gerak ke I-city lbh krg jam 9 malam kami bergerak ke I-City di Shah Alam.  Ok la tak la sesak sangat nak masuk ke dalam tu.  Kami terus ke parking.  Wah! dah banyak permainan kt dalam ni. Ada Giant Wheel dan lain-lain. Then kami beli tiket masuk ke Snow Walk.  Laaaa dh naik rega dari RM25 (tahun lepas Jan) ke RM35.  Sudahnya dia orang bagi kad (1 kad) untuk diskaun RM5 bagi setiap orang.  Semuanya tujuh (7) orang, Danish murah skit, RM20.  Dapat tiket kami terus masuk dan ambil/sewa apa yang patut.  Masuk dalam dan Danish main apa yang patut, ambik gambar, yang terjelepok pun ada, licin.  Tp mcm tk best la skit, tahun lepas aku pi mcm best skit dan tk la licin mcm skrg. Kami berada dalam tu hampir sejam, dan keluar bila masing2 dah tak tahan kesejukan.


Kami ke Spacewalk plak dan ayah aku belanja Danish naik, aku plak terpaksa ikut naik sebab tak ada sapa-sapa yang nak naik.  Wah! Macam wonderland la plak.  Pengembaraan ke dunia bercahaya.  Boleh tahan.  Tapi yang tak bestnya di sini, setiap permainan perlu beli tiket, bukan bayar sekaligus macam di Theme Park GH.  Tengok jam dah 12am lebih, kami pun gerak balik.  Sampai rumah jam 1am lbh.  Masing2 dah longlai, dan tak lama dia orang pun lolap.  Aku plak tido jam 3 am++ (siap masak nasi untuk buat breakfast nasi goreng paginya).

BJ PARK
Sabtu, dah bagitau depa nak pi BJ Park sebelah pagi untuk bawa Danish bagi makan ikan2 di situ dan jalan2 dalamnya.  Aku dah siap buat nasi goreng, tapi depa ada yang bangun dan tidoq balik, hahaha... letih ke I-City la tu.  Su Ping pun dah janji nak join.  Sudahnya kami tak jadi pi coz masing-masing letih.  Aku pun tertidoq balik.  Kul 9.30am baru la ada yang bangkit, dh lewat, hari pun panas.

2 Minah senget!
Kami ke BJ Park lewat petang, coz sebelumnya hujan lebat. Jam la plak kt Kinrara-Sg. Besi Bypass, ada lori rosak.  Tiba BJ Park dah nak gelap walaupun jarak hanya 10 minit kalau tk jam.  Ikan plak hujan2 ni tak nak timbul.  Tapi ada la juga, so Danish pun baling la roti kt ikan-ikan ni.  Jam 7pm kami gerak balik.  Hanya kita orang dan 2, 3 orang ja yang ada kt situ.

PASAR MALAM JALAN TAR
Lauk tengah hari masih ada, nasi pun dah siap masak.  So makan, then dalam jam 9pm kami gerak ke Dataran Merdeka, park kat situ (hujan renyai la plak).  Jalan ke pasar malam, dah ada yang tutup dah pun.  Terus ke Muaz dan dia orang borong tudung.  Aku ambik sehelai untuk bagi Makngah T.

Lepas tu kami ke LRT Masjid Jamek untuk bagi Danish and DikPik naik train (saja bagi Danish naik).  Dia ni pantang sebut keretapi mesti nak naik. Depa akan turun di BJ Station. Adik aku Yusri pi ambik kereta dan tunggu depan BJ Station.  Kami gerak ke BJ, sampai tepat masanya bila dia orang pun baru turun dari train.

GENTING SEMPAH (GS)/GENTING HIGHLAND (GH)
Ahad, hari ni nak hantar adik aku Hafiz ke Genting Sempah kerana dia akan jumpa kawan dia di situ dan mereka akan bergerak ke Lumut.  Dia berkursus di Lumut selama 3 bulan.
Kami gerak dari rumah jam 10.30 pagi dan singgah sekejap di Jalan TAR, ke kedai Buku Pustaka Mukmin dan kedai Bunga Reben untuk adik2 pempuan aku tengok barang-barang jahitan dan lain-lain disitu. Jam 12.30 tengah hari kami gerak ke GS melalui DUKE. Hujan di beberapa tempat, ada lebat, ada renyai. Tak lama selepas kami tiba, kawan adik Hafiz ku sampai. Selepas masing-masing melepaskan hajat dan beli apa yang patut serta berborak dengan kawan adik aku, kami pun gerak ke destinasi masing-masing dengan jalan yang sama (terpisah di Gohtong).  Kami naik ke GH.  Cuaca mendung dan hujan pada kawasan tertentu. Seram juga.  First time naik dengan NCH ni, tu pun adik aku Yusri yang drive, harapkan aku, hmmm tk naik la.  Aku rela naik CH dari GH. GH guna kancil ja aku blh sampai. Kt GH ni risau gak bila hari hujan, jalan licin, tu tk berani tu.

Pak Din n anak2 gadisnya
Danish - 1st attempt
Melewati Theme Park itu Danish sudah nampak train la, apa lagi, "nak naik keretapi" sepanjang nak ke tempat parking.  Sudahnya tujuan yang hanya nak naik lepak2, ditambah dengan masuk ke TP.  Hahaha.. bapanya  (adik cheq la) yang belanja semua.  Sib baik dapat diskaun guna kad tentera dia, so dapatlah 30% dari RM50 sorang, huhuhu.. Aku rasa ni kali kedua kot aku masuk sini.  Mula-mula dulu masa sekolah (tingkatan 2 ka 3 tak ingat atau darjah 6).


Ground train
Dah masuk then main apa yang patut esp yang si Danish nak naik. Kita orang pun tumpang sekaki, dan hanya sempat naik train (ground), train yang atas (lupa la plak nama) then giant wheel (seram  gak bila kt atas skali).  Yang lain tek sempat coz kejap2 hujan dan dah tutup (6pm).  Bergambar sana sini.  


Dlm train yg gerak atas
Dlm Giant Wheel
Jam 6.30 pm kita orang gerak turun.  Smpai rumah dah dekat 8.30.  Terus masak dan dia orang makan (lapau giler, kt GH juz makan yang simple je). Abih nasi seperiuk, kena masak lg utk aku. hahaa.. 

Kul 11.30 pm kita orang gerak ke UTC untuk hantar dia orang balik.  Bas jam 12.30am.  Tp tiba lewat dlm jam 1.00am+, ngantuknya aku.  Lepas dia orang naik bas aku balik dlm ngong ngeng, takut gak pepagi bw keta sorg2 ni.  Adik aku Yusri plak terus balik ke mes dia. Fuh!!!! Selamat sampai umah..

Itu lah story jalan-jalan sempena family aku datang. Enjoy jalan2.  Pastu back to work... huhuhu... Boring...

No comments:

Post a Comment