jasmine

jasmine

Nuffnang

Welcome

Welcome to White Jasmine/Selamat datang ke White Jasmine

Saturday, November 10, 2012

AidilAdha 2012/1433H

Khamis, 25 Okt aku balik kampung bersama-sama adik2 aku, Yusri dan Iedzuan (Dikwan).  Dikwan datang dari Lumut naik bas 8.15 pagi ke KL.  Sampai lebih kurang jam 12 thari then dia turun kt LRT BJ.  Ambik dia dan ke Citibank untuk bayar credit card then ke Wisma Perwira Bukit Keramat ambik adik lg sorang (Yusri).  Ke Petronas Setiawangsa untuk reload TnGo then terus jalan ikut DUKE.

Mengalami kesesakan juga di sana sini. Jam 11.30 mlm baru sampai rumah. Lebih kurang 2.30 la masa tambahan di highway. Aku jadi 'mam' kat belakang, hehe relax tak yah jadi pilot.  Dah ada 2 orang co-pilot.

10 Zulhijjah, kami pi sembahyang raya di Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis. Raya Haji pertama ni hanya kita orang yang bujang2 je beraya dengan ayah kecuali yang bujang kat Kuantan belum sampai lagi.  Kita orang upah Wa buat ketupat 1 1/2 dan adik aku masak gulai daging. Lepas Jumaat ke umah makcik aku dia buat korban, so kami semua ke rumah dia.  Lepas makan kami ke kubur tok aku untuk terangkan semak samun. 

11 Zulhijjah, aku cuci kereta. Aktiviti menjala pula oleh Yusri.  Aku dengan Anis jadi mangsa siang ikan, ikan puyu besaq2 juga, hadoiii sakit tangan. Thari adik aku dan family dia yang kt Lumut sampai kecuali yang Kuantan blm sampai lg.  Dia smpai lewat petang. 

Hari ni Wa aku plak buat korban so tk payah masak, lagi sekali menjamu selera menu daging. Jam 5 lebih kami terus ke Padang Besar plak dari Felda Chuping.  Ramai juga orang.

12 Zulhijjah, kat umah buat sup tulang...daging lagi.... Jam 11.30 pagi aku dan adik aku Yusri bertolak balik ke KL... Hahahahadooooiiiiii... Kami terperangkap dalam jem 12 jam sepanjang jalan. Untuk elak jam kami masuk Taiping melalui Changkat Jering, Sg Siput dan keluar Ipoh Selatan, jem juga.  Aku sampai omah lagi 10 minit kul 12 tgah malam.  Hua hua hua..

Sudahnya aku dapat demam hari ni (30 Okt), malam tadi pun dapat daging lagi dan sup lagi Kak Izan bagi, Uda tolong pi ambik on d way dia nak mai umah ambik mempelam. Makan lagi.. tu yang tambah naik suhu badan tu...

No comments:

Post a Comment