Secara tiba-tiba suapan ku terhenti apabila Buletin Utama memaparkan video Gaza di mana seorang kanak-kanak lelaki dikeluarkan dari timbunan runtuhan. Aku jadi hiba dan sebak, air mata mengalir tidak tertahan. Aku bayangkan keadaan kanak-kanak berkenaan semasa kejadian. Tersentap rasa hati. Tidak dapat ku teruskan suapan berikutnya. Aku terlalu sedih. Apalah kesalahan kanak-kanak malang itu sehingga menjadi mangsa keganasan zionis laknatullah itu. Sesungguhnya beliau telah menjadi mangsa kekejaman, umurnya tidak panjang untuk meneroka bumi Allah ini. Yang pasti beliau telah menjadi anak syurga. Beruntung ibu bapanya. Aku pula sedang cuba mengagahi untuk menghabiskan makanan ku ini. Apalah yang mereka sedang makan, cukupkah makanan mereka?
Wahai anak Palestine,
Jasadmu terkulai bersama runtuhan
Engkau menjadi mangsa
kerakusan zionis laknatullah
engkau masih mentah
untuk memahami erti kehidupan
kegembiraanmu telah diragut
umurmu tidak panjang
Engkau anak suci
pemergianmu ditangisi
ayahbondamu kehilangan
anak kecil yang tidak berdosa
Aku terpanggil lagi untuk mencipta bait-bait di atas yang ku tujukan kepada anak-anak Palestine yang telah terkorban. Apalah nasib mereka dalam usia yang sebegitu mentah telah menjadi mangsa kekejaman zionis binatang ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kita tidak merasa secara nyata apa yang mereka rasa dan lalui. Seharusnya kita menginsafi dan mengingati kekuasaanNya agar kita tidak leka. Bantulah mereka dengan memohon dariNya untuk melindungi mereka dari kekejaman ini. Dan marilah menyumbang dari segi material dan kewangan bagi meringankan bebanan mereka. Sesungguhnya Allah swt mengasihi hamba-hambaNya yang membantu saudara-saudara seagama.
Photo: images google search
No comments:
Post a Comment