jasmine

jasmine

Nuffnang

Welcome

Welcome to White Jasmine/Selamat datang ke White Jasmine

Saturday, January 30, 2010

Aktiviti 30 Jan

Wahhhhh.... mlm tadi aku tertidur kat hall sampai ke pagi. Dengan lampu tak padam, laptop on till broadband idle, tv off sendiri... muahhahahaha...
Pagi ni buat nasi goreng ala siam. Sebelum tu, sapu lantai yang dah penuh rambut ni..iskhhhh...
Pagi ni setelah selesai sarapan plan perkara2 berikut (keluar rumah jam 10.40am):

a. Bayar loan kereta kat deposit machine (RHB) IOI Mall

Tapi hampehhhhhh betul... mesin deposit tu offline la pula. Petang nanti try datang lagi. So, next plan;

b. Potong rambut

Menerukan perjalanan ke Kg Pandan. Mana lagi kalau tak ke salon rambut kebiasaan aku dari dulu lagi sejak aku duduk KL ni. Tak ada tempat lain lagi yang aku tuju, yang ni saja. Nama salon ni Kedai Gunting Lucy. Dah lama tk datang ni, ada lah dalam 4 tahun lebih kot. Harap2 ada lagi la kedai ni. Mana la tau kot2 dah pindah ka, tutup ka... Alhamdulillah, masih ada lagi... Hmmmm... ramai la plak. Tunggu la kat luar sambil layan majalah yang disediakan. 12.15pm tiba la time aku... Dalam lebih krg kul 1.oopm siap la dah. Oooh! ya, aku minta rambut aku yang dipotong tu untuk aku simpan. Bayaran potong rambut RM11.
Selesai situ, aku menuju ke kedai yong tau fu.. memang dari awal td dah berhajat nak singgah. Dah lama tak makan yong tau fu ni. Setakat ni, yang kat Kg Pandan ni la best. Ok dah beli (RM7.50), mcm byk la pula... Selesai di Kg Pandan, aku ingat nak ke Sungai Besi, nak angkat tv aku yang repair tu. Toke tu dah bising2 suruh angkat, coz dia kata tak cukup tempat nak letak. Jalan punya jalan sambil dok pikir mcm2, sudahnya aku lupa nak ke Sungai Besi, terus ja ke Giant (memang nak ke sini pun lepas Sungai Besi). Adoiiiiiii........ nampaknya hari lain la kena ambik tv ni...

c. GIANT Kinrara

Beli barang-barang dapur sikit dan lain-lain yang perlu. Abis la RM80.20. Alamak! kena berjimat lepas ni.... Lepas tu singgah Cosway beli landshield dan scented pad (hehehe)...

Waduhhhhh... dah jam 4.20pm zohor belum lagi ni... Terus balik rumah, nak kejar zohor.

Hhehehe... sampai umah terduduk kejap, penat jalan kat dalam Giant td.. Sudahnya zohor terlepas... Ingat lepas asar dalam jam 6 nak ke IOI semula.
Dalam lebih kurang jam 5.30pm hujan la pulak..Lebat tu... Selesai sembahyang asar dan qada zohor aku bersiap la ala kadar nak ke IOI Mall kali kedua. Hujan reda sikit, 6.30pm aku keluar ke IOI, masa dalam keta perasan handphone tak bawa. Ah! tak apa la, kejap je ke IOI Mall.

Tawaf 3 kali cari parking.. Dapat jauh sikit... Hujan turun semula la plak... lebat juga ni... redah juga...

d. IOI Mall

Arrrrrrhhhhhhggggg......benganggggg..... dah sampai depan mesin, ni la padah tertinggal handphone... no a/c ada dalam tu.... apalah punya nasib hari ni... sabar, sabar... nasib baik teringat ada sms no a/c kat Uda beberapa hari lepas. Nak kena cari syiling ni, nak call Uda guna public phone. Masuk Jusco, beli CNY card. Dapat coin, then call uda dan berharap dia masih simpan sms tu. Alhamdulillah, nasib baik ada... Patah balik ke mesin dan selesai. 7.30pm balik umah.....

Singgah beli kelapa parut kt kedai depan umah, ingat nak buat nasi lemak esok atau lusa.. heheheee... Hujan masih mencurah tapi tak ada la lebat sangat.

Tepon adik aku tanya perkembangan dia.... Alhamdulillah ok. Then lepas Isya tepon adik aku yang kt kampung...borak gan dia orang dan ayah aku...
Lepas tu, layan yong tau fuuuuuuhhhhh....

Ni lah aktiviti aku hari ni.... Esok? Nak mengemas lah...

Friday, January 29, 2010

Manual atau Auto

Hahahaha... bila dah terjebak dalam jam baru tau... patutnya aku ambil versi auto, coz alza ni tinggi, bila jam... adoiiiiii sakit lutut dan kaki. Tu la masa viewed hari tu lupa nak test...sudahnya...hmmmm... Lepas ni nampaknya kena lah elak mana-mana jalan yang jam...
Moral of the story: Tanya pendapat orang dulu..dan tengok betul-betul...

Servis Kereta

Hari ini pepagi ada perhimpunan bulanan opis aku. Semalam bos aku tak masuk opis, patutnya dia pi PD ada bengkel RMK10 kat sana... tapi dia ada appointment lain pula, kata dia petang nak ke PD, tapi sampai sudah tak pergi. Dia ada bagi tugasan untuk hari ini untuk aku dengan Sharifah Amilia. So, lepas perhimpunan dan selepas masing-masing dah isi minyak penuh, kita orang mengadap bos (Amy, Su Ping dan aku) kt tempat aku. Su Ping masa tu masih blur coz tak tau apa2. Sian dia. Lepas abih mengadap kita orang pun pulun la buat kertas tu... masa tu dah 11.45pagi. Kata bos 12.30pm kena submit. Padahal dateline untuk paper tu dah lama lepas (31 Dis 09). First paper kita orang dah submit 2 minggu lepas. Dah la hari ni hari Jumaat, 12.15 time break. Aku plak ada temujanji servis kereta (1st svc - 1oookm) jam 2.30 ptg.
Kita orang pun bertungkus lumus la buat. Masing-masing dengan ayat yang berbeza. Yalah, ada yang longhand, ada yang shorthand, yang shortcut pun ada. Sudahnya mcm2 bunyi ada. Hehehee. Akhirnya 1.20pm kita orang siap dan terus emel kepada yang berkaitan.
Selesai semua, aku pun bergegas ke Perodua Svc di Desa Tun Razak, Cheras. Sampai jam 2.10, so tunggu la hingga 2.20pm kat luar tu. Lepas tu terus masuk coz tengok ada customer dah mula masuk, kang aku miss Q plak.
Setelah mendaftar dan memaklumkan apa yang patut, aku menunggu kat level atas sambil layan Impiana. Sesekali aku meninjau kat bawah, tengok apa dia orang buat. Hmmmm....dari 2.30pm masuk...jam 5.20pm selesailah sudah... Baru aku tau rupa-rupanya stereng boleh lock tanpa perlu pakai separate stereng lock... hehehhe... terima kasih Siti. Hmmmm servis kena RM128.00.
Hujan la plak... dah tu ari ni aku rasa mcm bawa kereta tak betul plak...mcm orang baru belajar... tak tau apsal.
Balik ke opis dulu coz aku tertinggal kunci dan nak tukar kasut... Hmmm berani-berani takut juga naik ke opis. Semua dah balik, masa tu jam 6.00 petang, hujan plak. Tawakkal ja lah... Selamat...
Lepak kat bawah with Balan, Li Qin, Ros dan Faliza sementara tunggu hujan reda. Wow! Li Qin belajar bahasa Melayu, bagus! She is a fast learner. Respect her coz ada inisiatif.
7.15pm aku gerak balik, hopefully jalan ok.... hmmmm bolehlah tak ada jam sangat. Ingat nak singgah Giant, tapi malaslah pulak, esok je lah pergi.. Cuti 3 hari ini, semangat nak berkemas rumah, bila tengok majalah2 IMPIANA di Perodua tadi. Boleh lah.
Minggu ni adik aku tak datang sini, dia ikut adik aku lagi seorang ke Lumut.
Esok ingat nak pergi potong rambut yang dah panjang mengurai ni dan asyik gugur ja...penuh atas lantai...

Thursday, January 28, 2010

Migraine

Dah dua (2) hari aku sakit kepala. Pagi semalam kena sampai ke malam. Ambil ponstan dengan harapan akan baik, sebab biasanya bila aku ambil ponstan, keesokkannya akan pulih. Kalau panadol biasa memang tak jalan.
Pagi tadi bangun, macam dah ok. Tapi bila sampai ofis, sikit-sikit datang balik. Adoiiiii...ni yang aku kurang suka sikit. Mengganggu tugasan aku. Bila petang makin menjadi sampai aku nak buka mata pun susah. Sudahnya aku tertidur kat meja kerja aku. Ingat nak join juga dengar ceramah SPRM, tapi nampak gayanya tak dapatlah. Nasib baik pula bos tak ada hari ni. Malas nak ambil ponstan lagi... tak elok telan ubat banyak2 ni. Ingat malam nanti aku ambil.
Tepat jam 5 petang aku balik. Rasa tak tahan dah. Senyum pun kelat ja... Saat (9.00mlm) ni pun masih belum ok lagi ni. Harap-harap ok lah esok. Petang esok aku ada temujanji servis kereta di Perodua Cheras (Desa Tun Razak).
Oh! ya, dua hari lepas kereta aku tersagat divider kat opis masa aku nak reverse untuk parking. Huhuhu...terkejut juga....ingat teruk dah... yelah kuat bunyi tu... sampai ada yang toleh tengok. Aku apa lagi nampak ja cool, padahal cuak gila. Masa keluar tu jenguk la tengok, mcm tk ada apa2 pula... rupanya ada calar kat body bawah sebelah kanan pintu depan. hihihiiii sib baik tk teruk. Salah ambil angle...

Tuesday, January 26, 2010

Rawatan di Darussyifa

Pada hari Sabtu, 23 Januari 2010 yang lalu aku telah membawa adik perempuan aku yang kedua bongsu untuk mendapatkan rawatan di Darussyifa di Bandar Baru Bangi. Kami bertolak dari rumah dalam jam 8.30 pagi dan tiba di Darussyifa lebih kurang jam 9.15 pagi. Wow! Ramainya yang dah menunggu. Aku bawa sendiri air mineral 3 botol. Kat situ pun ada jual yang 1 liter dan 3 liter kalau tak silap.
Aku pun terus mendaftar nama adik aku dan duduk menunggu. Sementara menunggu aku membaca buku yng aku bawa. Nasib baik bawa bahan bacaan, kalau tidak boring juga la menunggu. Yalah, bukannya sedikit yang menunggu. Yang masih datang pun ramai juga. Ini ialah kali pertama kau ke Darussyifa ni. Nasib baik tak susah sangat nak cari. Alhamdulillah lah berkat map yang ada dalam web Darussyifa.
Aku bawa adik aku coz nak cuba cara perubatan Islam ni. Dia selalu sakit kepala, kekadang tetiba sakit. Berapa kali dah keluar masuk hospital. Last sekali masuk Hospital Penang bulan Disember lepas. Sekarang ni tengah tunggu temujanji untuk EEG. Temujanji tu pada 11 Februari ni.
So, ini sebagai alternatif lah perubatan cara Islam ni.
Hai! Lama juga kita orang tunggu ni... Ada yang datang kemudian tapi dah dapat jumpa ustaz/ustazah. Kita orang ni masih terlopong lagi. Masa menunggu tu, macam-macam yang terjadi. Ada yang menjerit-jerit masa kena rawat. Iskhhhh... Nauzubillah.. Kt situ aku nampak ada terjual daun bidara..tertanya2 juga untuk apa. Rupanya digunakan jika ada gangguan.
Dalam 12.15pm baru lah kita orang dapat jumpa Ustaz Arshad. Dia pun bersoaljawablah dengan adik aku ni dan aku tumpang2 tambah ja. Suka melawak la pula ustaz ni. Selesai bersoaljawab dia pun mula merawat adik aku. Selesai ustaz tu merawat, aku pun bertanya sama ada adik aku ni ada mendapat apa2 gangguan. Dia kata tak ada (tak tau la kot dia tak nak bgtau). 3 botol air mineral tu kena minum bila-bila masa. Then lepas zohor, guna untuk basuh muka, sapu kepala dan basahkan di towel good morning dan ikat di kepala. Lepas tu kena baring dan jangan dikacau.
Disebabkan rawatan di sini tidak mengenakan sebarang bayaran, tetapi digalakkan memberi sumbangan ikhlas, aku menyumbang RM15. Ok ke? ok kot.
Sebelum balik aku beli madu lebah asli hutan Pahang 1 botol (RM20).

Remaja Kurang Ajar

Tak tau la apa nak jadi dengan budak-budak sekarang ni. Yang boleh ditegur tu Alhamdulillah la.. dengar cakap juga. Tapi macam mana dengan yang pantang ditegur? Bukan apa kalau dah perangai dan kelakuan tu tak elok, wajarlah kita tegur agar tak tersasar. Tambah-tambah lagi kalau masih belajar. Belajar kemana maruah ke mana.
Emak bapa sanggup hantar anak belajar luar daerah dan berabis duit untuk beli itu ini termasuk laptop dan lain-lainlah. Tak termasuk lagi duit poket. Emak bapa ni harap anak-anak mereka belajar betul-betul. Tapi di belakang emak bapa macam-macam aktiviti sosial dilakukan.
Depan emak bapa dan adik beradik pijak semut tak mati. Nampak lembut, muka baik tapi Ya Rabbi, di belakang kurang ajar. Tak hormat orang lebih tua.
Macam ni memang aku tak akan tolong sampai bila-bila.

Ayat Penggerak


Dipetik daripada Web Darussyifa.

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)

Oleh: Ismail bin Abu Bakar

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti di atas.

Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;


1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.


Keberuntungan beramal dengan doa ini


Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.


Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.


Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.


Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.

Selamat Beramal..

Thursday, January 14, 2010

Duhai Si Pari Pari


Khamis, 31 Dis 09 - Aku cuti hari ni, cuti akhir tahun 2009, nak selesaikan urusan dengan lawyer pemaju rumah aku dan nak bawa adik-adik aku menonton Duhai Si Pari Pari (first day on screen). Ni sebab Remy acting la ni.
Sebelum meneruskan cerita, ada berita yang sedihnya, organisasi aku baru kehilangan seorang kakitangan iaitu pemandu yang lama juga bertugas. Dia meninggal semasa menjalankan tugas pada Rabu, 30 Dis. Jatuh dan meninggal di depan sebuah klinik semata-mata memerlukan bantuan oksigen tetapi tidak dilayan. Aku dan semua amat bersimpati dengan kejadian ini. Tak berperikemanusiaan punya doktor.
Walaupun aku cuti, tapi aku turut serta hadir bersama-sama bos dan rakan-rakan pejabat memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di rumah di Ampang pada jam 11 pagi. Keadaan rumah cukup menyedihkan. Aku rasa amat sedih. Mendiang meninggalkan tiga orang anak dari umur 6-11 tahun (dgn isteri sekarang).
Selepas ziarah, balik ke pejabat dan terus balik ke rumah. Aku mandi bersihkan badan. Kemudian aku ke pejabat lawyer Rajinder Singh & Veraiah untuk tandatangan MoT di Bangsar. Angkut adik-adik aku sekali. Mr Rajinder pula datang dan berborak dengan aku, aku ni tak suka sangat dengan singh ni. Tau ja la. Nasib baik tak lama. Selesai semua kita orang menghala ke IOI Mall, masa tu dah 4.30 ptg dah. Ingat ada la time nak kejar untuk Duhai Si Pari-Pari tayangan petang (tak tau pkul berapa). Sampai IOI (5.05 pm) terus ke kaunter tiket. Movie dah mula lebih kurang 5 minit tadi. Terus beli tiket dan beli apa yang patut untuk makan dan terus masuk.. Lorrrr... tak ramai orang pun. Ialah hari tu hari kerja, aku ja yang tak kerja.
Boleh lah tahan movie ni just for fun. Si Remy ni jadi orang jahat la plak. Ok la tu...
Lepas layan Duhai Si Pari Pari kita orang pi layan Wendy's plak. Hmmmmm.....pastu bawa dia orang pi shopping kt JJ. Aku beli kasut sembonia dan t-shirt cheetah, DikLa aku belikan kasut (sembonia juga kot) dan panties (untuk DikNi sekali) dan DikWan baju kemeja (dia kata nak pakai masa konvo). Lepas tu masuk supermarket beli sushi. Kemudian kita orang balik umah. Sampai umah lebih kurang 8.30mlm lebih la..


Tuesday, January 5, 2010

My Little Car



Isnin, 04 Januari 2009 - Lewat tengah hari aku ke Hentian Duta dengan adik aku nak beli tiket Trans untuk dia orang balik Selasa ni. Masa dalam perjalanan ke sana aku tanya adik aku, nak tak pakai my little car ni, kalau nak, boleh ambik bawa balik dulu (then kalau kerja, bulan-bulan bayar RM100 pun ok, hehehe). Kalau ada sapa-sapa yang berkenaan boleh beli. Dia pun kata macam ni macam tu. Oklah perjalanan diteruskan hinggalah sampai ke Hentian berkenaan.
Setelah meletakkan kenderaan kami pun berjalan masuk untuk menuju ke Transnasional punya kaunter tiket. Masa sampai dekat nak sampai ke kaunter tu..tetiba adik aku kata, kalau balik dengan kereta pun tak pa... Ceh! dah sampai baru dia bagitau.. sib baik tak beli tiket lagi.. kalau tak kan ke rugi... Hmmmm... ok la tu kalau dia nak bawa balik kampung, at least tak ada la aku nak kena jaga 2 kereta kat sini sementara tunggu untuk dijual. Sayang oooo my little car tu... walaupun dah berusia 10 tahun tapi tak pernah buat hal...orang yang buat hal ada la, sampai terkeluar tayar keta aku.. sib baik jadi dalam KSN.
So, balik la kami ke rumah, tak jadi la beli tiket. Kami berpakat nak klentong adik bongsu kami. Sampai umah kami kelentong adik kami yang bongsu, bagitau dia yang tiket siang dah abis, ada malam ja...hahaha dia kata hummmmm...tak mau tiket malam... nak buat mcm mana.. Hheheheh.. percaya dia.
Isnin, 04 Januari - Tengahari aku pergi jual botol2 kat tempat jualan barang2 terbuang dengan ditemani oleh bestfriend aku, sapa lagi kalau bukan si Balan tu. Hahahah.. dapatlah RM5 walaupun hampir penuh satu keta aku bawa. Masa dalam perjalanan balik tu Balan ada bagitau dia ada offer seorang negro ni untuk beli kereta aku. Dia kata RM7k.. iskh! iskh tak mahal sangat ke tu. Dia kata ok apa, lagipun keta ini dijaga elok. Kalau dah mcm tu aku ok je lah. Boleh cover balik duit aku. Dia kata negro ni selama ini sewa myvi RM1.5k sebulan. Lagi dia kata lepas ni keta ni akan dapat kat dia juga. Aku tanya kenapa plak. Dia kata, nanti negro ni balik negara dia tentulah dia bagi keta ni balik. Ooooo mcm tu.. ok la tu. Then dia kata boleh dia bagi kat wife dia. Hmmm ok....So.. aku bagitau dia... boleh jual kat negro tu tapi dalam 2, 3 bulan lagi lah..coz adik aku akan bawa balik ke kampung.
8.00 malam aku dengan adik aku ke FRIM untuk servis my little car kt rumah yang selalu aku buat servis, yelah esok pagi adik aku nak pandu balik ke kampung kena la servis coz hari tu naik ke CH. Kot apa-apa hal plak kat jalan nanti. Masa tengah servis tu, si Suhaimi (namanya la) bagitau aku, gearbox dah kasar sikit, seal oil (tak tau eja betul ke tak ni) ada bocor sikit, wahhh ada aja. Tapi dia kata boleh jalan lagi. ok la tu. Dia ni suka borak... aku gan adik aku dah ngantuk ni ye lah dah kol 10 lebih ni.. Jam 11.15 baru siap. Kena RM105 ok la tu. Then aku dengan adik aku terus ke Setiawangsa ambik adik bongsu kami yang stay kat umah adik aku yang lagi sorang. On the way balik singgah isi petrol dulu. Sampai umah dalam 12.30mlm. Waaaaaa...ngatuk aaaa.. penat pun ada, tapi esok aku dah bagitau bos yang aku masuk lambat ke opis.
Selasa, 5 Januari, siap buat sarapan pagi (nasi goreng). Lepas semua siap sarapan kami keluar dalam jam 10.00 pagi. Aku bawa kancil dan adik aku bawa alza. Kami berhenti tukar di depan SSBJ. Adik-adik aku bertolak balik ke kampung dengan kancil. Semoga semuanya selamat..Huuuu....my little car....adik aku jaga..
4.25 petang adik-adik aku selamat sampai ke kampung. Alhamdulillah...selamat...
Aku pulak dup dap dup dap nak bawa alza ni... petang balik keja... aku rasa mcm lambat ja sampai... tapi sampai juga...ingat nak wak slow... 80 je...hehee.. nak parking blm expert lagi... hahaha... Lepas ni ok la kot...
Anyway, this is a new experience...

Sunday, January 3, 2010

Alza


23 November, 2009 - Pada hari ini telah dilancarkan model baru Perodua, iaitu MPV Alza. Aku memang berhajat untuk membeli kereta ini. Pelancaran dibuat jam 5.00 petang. Selepas waktu kerja lebih kurang jam 7.30 mlm aku ke Perodua Sales di Bandar Puchong Jaya untuk melihat model berkenaan. Teruja juga aku bila melihat kereta berkenaan. Jurujual di situ pula tanpa rasa jemu melayan aku, yelah dia orang nak dapatkan pelanggan. Cadang mula hanya untuk melihat sahaja kerana telah bercadang untuk membuat tempahan ditempat yang direkomen oleh pemandu bos aku iaitu di PJ. Tapi nampaknya aku tak sabar-sabar kerana dimaklumkan bahawa aku akan menerima kereta berkenaan pada pertengahan Disember dan warna yang aku pilih memang telah ada stok. Jadi tanpa berlengah dan berfikir panjang aku pun buat tempahan (orang kata buat sesuatu jgn tergopoh-gapah). Aku pun dah berangan bila bercuti ke CH nanti bolehlah pandu kereta berkenaan.
Malangnya selepas percutian masih lagi belum mendapat kereta berkenaan. Hmmmm....nganga jelah... Dalam pada itu, aku mula rasa berbelah bagi sama ada nak teruskan atau tidak membeli kereta berkenaan. Aku rasa wang pendahuluan berkenaan boleh disimpan dan bayaran bulanan juga begitu. Aku seperti terpanggil untuk mengerja umrah pula. Rasa menyesal juga ada kerana terlalu terburu-buru membuat tempahan.
Pada 25 Disember 2009, aku menerima panggilan telefon daripada jurujual berkenaan menyatakan kereta telah ada dan aku perlu menandatangani beberapa dokumen. Aku mula rasa serba salah, nak ke tak nak. Akhirnya aku tekad, teruskan juga membelinya. InsyaAllah, jika diizinkan Allah, mungkin masih ada rezeki untuk aku menyimpan.
28 Disember 2009, jurujual datang ke pejabat aku untuk mendapatkan tandatangan aku bagi beberapa dokumen. Aku telah memaklumkan mengenai nombor plat pilihan aku iaitu plat N (Negeri Sembilan) untuk pangkal nama akulah dan nombornya 5373 (tarikh lahir aku). Alhamdulillah dapat cuma kena bayar RM460 pula lah bagi tujuan ini.
Aku dimaklumkan oleh jurujual berkenaan berkemungkinan kereta akan dapat pada lewat petang 30 Dis atau pada 2 Dis. Aku pula jika dapat pada 30 Dis bolehlah aku balik kampung dengan adik-adik aku.
Tapi tunggu punya tunggu pada 30 Dis tu tak ada apa-apa panggilan pun. Maknanya 2 Jan 2010 la tu.
Ya betul, lebih kurang jam 3.20 petang, 2 Jan 2010 aku menerima panggilan daripada jurujual menyatakan kereta dah sampai, jadi boleh pergi ambil dan buat pemasangan filem. Aku pun bersiap untuk mengambil kereta seperti yang dimaklumkan. Hahahaha... punya gabra bila bawa kereta tu, hingga adik perempuan ku pun takut. Yelah kali pertama aku bawa kereta baru dan besar plak tu. Aku terus pergi isi minyak di Petronas Lraya Puchong-Sg Besi. Ingat nak isi yang 97 tetapi terberhenti di pam 95, kebetulan di sebelah ada Alza putih tgah isi 95 juga, jadi aku pun bantai juga lah. Lepas tu aku pergi ambil adik lelaki aku yang menghantar kereta kancil ke apartmen dan terus ke tempat pemasangan filem. Hhuuhuhu...kata pasang free rupa-rupanya dpt diskaun RM200 je... Tambah pasang alarm juga dan tinted gelap di cermin sisi belakang sebelah kiri dan kanan. Jumlah kos R1,100. Huhuhuhu.... lepas ni kena posa la aku.

Saturday, January 2, 2010

Rumah Titian Kasih



Sabtu, 1 Januari, 2010 - Sejak rumah ini tersiar di dalam satu program di TV3, aku bercadang untuk melawat dan menyampaikan sumbangan barang-barang dapur kepada pengasas dan penyelia rumah ini iaitu Puan Hjh Sharifah Hj Adlan atau lebih mesra dipanggil Mak Pah. Memandangkan dengan rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t sebelum ini dan akan datang, aku telah membeli barangan dapur untuk disumbangkan. Aku telah pergi ke RTK ini bersama dua (2) orang adik aku. RTK ini terletak di No.62A-2 lorong Maran, Jalan Maran, Off Jalan Kuantan, Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
RTK ini merupakan sebuah NGO dan ditubuhkan pada tahn 1998 bertujuan memberi perlindungan danpenempatan sementara kepada yang memerlukan seperti anak yatim piatu, anak yang terbiar, OKU, warga emas yang daif, fakir miskin, ibu-ibu tunggal serta wanita yang dianiaya dan didera khasnya mereka yang malang serta terpinggir. RTK menjana pendapatan dari hasil jualan "jumble sale", kuih-muih, kraftangan, tempahan catering, jahitan dan derma daripada orang ramai untuk menampung kos perbelanjaan engurusan penghuni di RTK. RTK kini menenptakan seramai 80 orang kanak-kanak, 14 orang OKU, 20 orang ibu tunggal dan 4 orang warga emas. Kebanyakan kes-kes penderaan, gejala sosial dan keterbiaran kanak-kanak adalah di dalam bandar atau ibu kota. Jadi penempatan perlindungan ini khas untuk umat Islam di tengah kota dan sebagai one stop centre.
Menurut Mak Pah RTK memerlukan sumbangan kewangan daripada orang ramai untuk membeli tapak dan rumah yang disewa selama ini. Kos sewa ialah RM5,000 sebulan. Kos pembelian rumah ini ialah RM2.7 juta. Bayaran pendahuluan sebanyak 10% telah dibuat oleh seorang hamba Allah yang prihatin. Dan kini pihak pengurusan memerlukan sebanyak RM2.3 juta lagi. Usaha telah dijalankan untuk mendapatkan pembiayaan pinjaman dari sebuah institusi perbankan tetapi gagal dan yang lebih menyedihkan ialah pihak bank berkenaan meminta bayaran 'under table' sebanyak RM6,000. Ada ke patut? Kata Mak Pah beliau akan cuba mendapatkan pembiayaan dari bank lain. Semoga permohonan beliau berjaya.
Sebagai usaha lain juga, RTK ada membuka lot wakaf untuk dijual dengan harga setiap lot RM1,000 kepada orang ramai.
Kepada mereka yang sudi dan ingin beramal untuk dunia dan akhirat adalah dialu-alukan untuk menyumbang. Adalah difahamkan bahawa terdapat anak-anak terbiar, anak-anak yatim piatu atau yang kena dera dari kalangan melayu dan beragama Islam dihantar ke Shelter Home yang ditadbir oleh pihak Kristian. Jadi fikirkanlah apa nasib kanak-kanak ini. Oleh itu, marilah wahai bangsa-bangsa ku kita membantu mereka yang memerlukan ini.